Dalam meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan serta memantapkan kecekapan instruksional dalam kalangan rakan kongsi, aktiviti penyelidikan dan penilaian perlu dilaksanakan secara berterusan. Untuk itu, BPP-MIS menyediakan khidmat penyelidikan dan penilaian yang mengandungi i) Kajian Tindakan, ii) Penilaian, dan iii) Penyelidikan. Bagi tahun 2013, Kajian Tindakan berpusatkan sekolah yang dirancang untuk diadakan di 10 buah sekolah […]
Category: Aktiviti Rakan Kongsi
Dalam mempertingkatkan ilmu dan kemahiran para fasilitator rakan kongsi, tiga aktiviti telah dirancangkan dalam tahun 2013 dan berjaya dilaksanakan di Sibu, Kuching dan Miri. Aktiviti pertama yang dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran serta keyakinan fasilitator PERASA. Manakala, dua lagi aktiviti memberi asas kefasilitatoran PERASA kepada bakal fasilitator yang terdiri daripada guru bimbingan […]
Bengkel Perancangan Strategik (atau Bengkel Pengurusan Khas) bertujuan memperkasakan kepimpinan dan pengurusan rakan kongsi melalui perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang yang dikenalpasti. Bagi tahun 2013, tumpuan diberikan kepada bidang kemahiran membuat perancangan strategik. Dengan kemahiran ini adalah diharapkan peserta yang terdiri daripada fasilitator rakan kongsi akan lebih berupaya membantu pihak JKP Masjid dalam pengurusan dan perancangan […]
Aktiviti Wacana Profesional untuk para pendidik Islam di Sekolah dan Ahli Akademik Islam di IPT telah diadakan di Pusat Penerangan Islam Sarawak, Kuching, pada 1 Julai 2013, dengan melibatkan seramai 121 orang peserta dari kalangan guru, pegawai pendidikan dan pensyarah Islam dari IPT. Aktiviti sehari ini diadakan khas untuk memberi peluang kepada para peserta meningkatkan […]
Selari dengan Pelan Tindakan MIS 2011-2020, pangkalan data dan direktori ahli-ahli profesional Islam perlu dibangunkan untuk memudahkan pihak JKP masjid mendapat bantuan tenaga pakar setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan di masjid masing-masing. Dengan perkembangan teknologi ICT, BPP-MIS telah menggunakan penyimpanan data berkomputer sejak penubuhannya. Namun, satu sistem pangkalan data diperlukan bagi memudahkan pengurusan data […]
Seminar tahunan ini dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS), dengan kerjasama BPP-MIS. Tujuan seminar ini adalah untuk membolehkan para pemimpin pendidikan dan guru-guru kanan di Sarawak mengikuti serta memahami perkembangan terkini mengenai isu-isu dan cabaran yang dihadapi ummah. Seterusnya, peserta diberi peluang untuk memahami peranan masing-masing sebagai pemimpin dalam menangani isu atau masalah […]