Selari dengan Pelan Tindakan MIS 2011-2020, pangkalan data dan direktori ahli-ahli profesional Islam perlu dibangunkan untuk memudahkan pihak JKP masjid mendapat bantuan tenaga pakar setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan di masjid masing-masing. Dengan perkembangan teknologi ICT, BPP-MIS telah menggunakan penyimpanan data berkomputer sejak penubuhannya. Namun, satu sistem pangkalan data diperlukan bagi memudahkan pengurusan data […]
Category: Mengikut Kumpulan Sasar
Kursus ini bertujuan untuk menyediakan peluang kepada para pemimpin untuk meningkatkan kesedaran dan semangat serta keyakinan dan jati diri supaya mereka boleh memainkan peranan sebagai pemimpin dengan lebih berkesan. Untuk mencapai objektif tersebut, peserta dilibatkan dalam aktiviti kerja berkumpulan (LDK) yang berkaitan dengan kesedaran emosi kendiri, kawalan desakan hati, perhubungan interpersonal, pembinaan kerja sepasukan dan […]
Seminar tahunan ini dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS), dengan kerjasama BPP-MIS. Tujuan seminar ini adalah untuk membolehkan para pemimpin pendidikan dan guru-guru kanan di Sarawak mengikuti serta memahami perkembangan terkini mengenai isu-isu dan cabaran yang dihadapi ummah. Seterusnya, peserta diberi peluang untuk memahami peranan masing-masing sebagai pemimpin dalam menangani isu atau masalah […]
Majlis Ilmu ini diadakan untuk memenuhi keperluan dua kumpulan sasar khusus, iaitu Ketua Masyarakat dan JKP Masjid, dan Fasilitator Rakan Kongsi. Dua aktiviti yang sebelum ini diadakan secara berasingan, telah diadakan secara serentak bagi tahun 2013. Ini dilakukan bagi tujuan memberi peluang kepada kedua-dua kumpulan tersebut membina silaturahim dan jaringan kerjasama dalam menjayakan program dan […]
[facebook https://www.facebook.com/shahriman.shukarmin/media_set?set=a.10150090345253664.287325.576493663&type=3 social_plugin=true width=230 posts=5 theme=default ]
Tempat: Makmal Komputer, Pusat Kegiatan BPP-MIS, Kuching Tarikh: 29-30 Mei 2010