Categories
Umum

Program Kembara Hijrah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1444H / 2022M

Bulan Muharam merupakan permulaan bagi kalendar Umat Islam mengikut kalendar hijrah. Awal Muharram atau juga dikenali sebagai Maal Hijrah adalah tarikh penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Menjadikan peristiwa ini sebagai satu iktibar dan tauladan, Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam […]

Categories
Aktiviti Murid Sekolah Rendah Umum

PBK: English Camp 1.0 Masjid Darul Makmur Kampung Jepak, Bintulu.

“Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka dendaklah dia mempunyai ilmu – Imam Syafie” Pada 26 dan 27 Februari 2022 yang lalu, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Makmur Kampung Jepak Bintulu telah melaksanakan English Camp 1.0 yang bertujuan untuk membantu dan membimbing […]

Categories
Aktiviti Belia

Kembara Hijrah 2022M / 1443H Masjid Darul Muttaqin, Kampung Buntal, Kuching.

BPP-MIS dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Muttaqin, Kampung Buntal telah mengadakan program Kembara Hijrah 1443H/2022M pada 26 dan 27 Februari 2022. Program yang diadakan di masjid tersebut telah melibatkan seramai 22 orang peserta yang berusia 13 hingga 19 tahun. Fasilitator-fasilitator yang bertindak sebagai pemudah cara adalah Ustaz Awang Nurizal bin Awang Kenit daripada Sektor […]

Categories
Aktiviti Kanak-Kanak Umum

Majlis Konvokesyen TADIKA BPP-MIS sesi 2021/2022

Majlis Konvokesyen atau Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah TADIKA PP-MIS merupakan hari bersejarah bagi setiap individu yang menamatkan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh yang ditetapkan dan merupakan penghargaan dan penghormatan kepada diri mereka terutama kepada kanak-kanak 6 tahun yang akan melanjutkan pembelajaran mereka ke sekolah rendah nanti. Sehubungan dengan itu, amatlah wajar agar kanak-kanak yang […]

Categories
Aktiviti Pemimpin dan Individu Prihatin

Kursus Asas Penyelidikan & Penilaian Program untuk Fasilitator BPP-MIS

Pada 19 dan 20 Februari 2022 yang lalu, Kursus Asas Penyelidikan dan Penilaian Program telah dilaksanakan secara atas talian, dengan kehadiran seramai 30 peserta yang terdiri daripada fasilitator yang berdaftar dibawah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak. Kursus ini telah dibimbing oleh Dr. Sharifah Nooraida Binti Wan Hasan yang merupakan Ketua Jabatan, Jabatan Kepimpinan Kualiti […]

Categories
Umum

Majlis Ucapan Perdana Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Tahun 2022

Majlis Ucapan Perdana Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu Bin Haji Taha telah berlangsung pada 24 Januari 2022 di Dewan Kompleks Islam Sarawak. Majlis tersebut dijalankan dengan pematuhan tinggi terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan surah Yaasin dan doa yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri, […]