Pengunjung

Pembilang Percuma

Kem MUDA Belia Islam Sarawak di Kingwood Hotel Mukah










Kami bermalam di Miri dan keesokkan harinya jam 8.00 pagi bertolak dari Mega Hotel Miri ke stesen bas di Pujut Padang Kerbau Miri.

5 Jun 2009, Sabtu – Kami terpecah kepada dua kumpulan iaitu penulis, Khairul termasuk pemandu menaiki ‘Troopers’ bersama-sama barang-barang program dan beg-beg. Manakala yang selebihnya menaiki bas jam 9.00 pagi.

Rombongan penulis sampai terlebih dahulu dan singgah makan tengahari pada jam 4.00 petang. Selepas itu kami ke SMK Three Rivers. Saya menelefon Pengetua sekolah tersebut iaitu Cikgu Bidin. Beliau merujuk saya kepada pengawal keselamatan. Pak cik tersebut masih ragu-ragu untuk menunjukkan saya asrama untuk penginapan sehinggalah saya telefon kembali cikgu Bidin untuk bercakap terus kepadanya. Melihat keadaan asrama yang sangat kotor seperti tidak didiami tersebut, kami mengambil keputusan untuk menunggu di dalam dewan sekolah dengan barang-barang sementara menunggu yang lain.

Jam 6.00 petang Cik Aminah bersama rombongan yang lain tiba ke sekolah. Masih tiada seorang wakil guru yang sudi membantu walaupun kelihatan kereta mundar mandir. Puas bertanya dengan guru-guru yang berada di situ tetapi jawapan mereka tidak tahu.

Kami pergi ke asrama wanita, keadaan asrama itu lagi teruk dimana kelihatan tilam di asrama perempuan yang ada bangkai haiwan mati di atas lantai. Disebabkan terlalu letih kami mandi dahulu di dalam tandas berhampiran pejabat guru. Sementara menunggu Cik Aminah membeli makanan di pasar.

Setelah habis makan kami mengambil keputusan untuk pergi ke Kingwood Hotel Mukah. Nasib baik pak cik katering (maaf lupa nama) yang sudi membantu membawa kami dan barang-barang menaiki van nya.

Sampai di hotel terus tidur keletihan.

6 Jun 2009, Sabtu - venue kursus bertukar ke Kingwood Hotel Mukah dan sesi pendaftaran pada jam 2.00 petang dan dihadiri oleh 18 orang peserta sahaja yang mana 5 daripadanya adalah lelaki. Ini mungkin disebabkan perpindahan tempat kursus. Walaupun kami menunggu di SMK Three Rivers dan melekat nota di depan pagar tersebut.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti taklimat program, pembahagian kumpulan, pengenalan fasilitator, solat berjemaah, bacaan Ratib Al-Haddad dan latihan dalam kumpulan (LDK).

7 Jun 2009, Ahad – Aktiviti dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan latihan dalam kumpulan.

Jam 1.30 petang slot penerangan oleh Unit Pembangunan Negeri mengenai Pembangunan SCORE. Berikutnya slot Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) atau iCATS akan tetapi disebabkan kelewatan di atas jalan raya maka mereka sempat memberi penerangan program jam 6.00 petang dan terus makan malam bersama kami.

Pada malam itu juga, pihak fasilitator menayangkan sesi ceramah mengenai Rasulullah SAW dalam Malam Apresiasi dan seterusnya Berkongsi Rasa.

8 Jun 2009, Isnin – Selepas aktiviti riadah dan sarapan pagi, kami bersiap sedia untuk Majlis Penutupan oleh tetamu jemputan iaitu YBhg Tuan Haji Saudi bin Haji Narani, Residen Bahagian Mukah, serta wakil dari JAIS, Ustaz Shamsuddin bin Basir.

Cik Aminah bt Ismail iaitu penyelaras program ini mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan dan berbesar hati dengan kehadiran YBhg Tuan Haji Saudi. Beliau juga menyampaikan salam dari YBhg Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah yang tidak dapat hadir.

Seterusnya Ustaz Shamsuddin Basir dari JAIS Mukah berharap ada susulan program seperti ini dimasa akan datang dan memberi peluang kepada anak-anak muda Islam di Mukah khususnya bagi membentuk modal insan. Program seperti ini dapat memberi manfaat dan ilmu kepada peserta-peserta yang diberikan oleh penceramah serta fasilitator.

YBhg Tuan Haji Saudi berkata majlis ini merupakan jemputan pertama beliau memandangkan baru berpindah ke Mukah. Program berunsurkan santapan rohani ini haruslah diperbanyakkan memandangkan banyak isu-isu sosial dan keruntuhan akhlak belia zaman kini. Ia dapat membentuk seorang berbudi baik dan luhur mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Tambahan beliau lagi ramai belia sekarang terjerumus dalam aktiviti yang negatif, jika tidak dikawal akan menjerumus ke dalam aktiviti yang lebih dasyat.

Belia hendaklah menjadi seorang yang bertanggungjawab, bersopan santun, amanah, berwawasan, dan bersedia dari sekarang. Bagaimana? Ia harus difikir dan mempunyai rancangan masa depan.

Pada akhir majlis, Cik Aminah menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan.

Kami bertolak balik ke jam 3.30 petang.

Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis, tiada kaitan dengan pihak BPPMIS.
Maaf jika telanjur kata.

2 comments to Kem MUDA Belia Islam Sarawak di Kingwood Hotel Mukah

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>