Pada 11 hingga 12 Julai 2009 (Sabtu dan Ahad), sekali lagi BPPMIS dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Sri Aman. Program ini adalah untuk murid-murid Muslim tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2009.
Hari pertama seawal 7.00 pagi seramai 100 orang murid dari sekolah-sekolah yang dijemput mendaftar diri di luar perkarangan masjid. Sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut;
1. SK Abang Aing – 30 orang bersama 2 orang guru pengiring
2. SK Sri Aman – 25 orang bersama 2 orang guru pengiring
3. SK Agama – 25 orang bersama 2 orang guru pengiring
4. SK Bakong – 8 orang bersama 2 orang guru pengiring
5. SK Lela Pahlawan – 6 orang bersama 2 orang guru pengiring
6. SK Tanjung Bijat – 3 orang bersama seorang guru pengiring
7. SK Gran Stumbin – 3 orang bersama seorang guru pengiring
Cikgu Wan Rajiee Tku Esim dan Tn Hj. Abdul Rahman Mahmud dilantik menjadi fasilitator selama dua hari tersebut.
Program dimulakan dengan Motivasi Matematik iaitu bagaimana menarik minat terhadap subjek ini. Ia diikuti dengan permainan berseronok dengan nombor-nombor. Selepas rehat minum pagi fasilitator memberi formula kepada penyelesaian masalah matematik sebelum makan tengahari dan solat Zohor.
Pada petangnya pula, murid-murid berseronok denganj’matematik ajaib’ bagi menggalak murid-murid ini aktif dalam dewan. Selepas solat Asar aktiviti penyiasatan dibuat sehingga sesi hari pertama tamat.
Pada hari kedua pula, murid-murid didedahkan dengan cara menjawab soalan Matematik dalam UPSR. Seterusnya aktiviti kayu mancis, ‘paper engineering’ dan berseronok dengan teka meneka dan ramalan.
Jam 2.30 pihak masjid mengadakan Majlis Penangguhan bagi menyampaikan sijil penyertaan kepada murid-murid dan cenderahati.
Sebelum itu, selesai bacaan doa oleh Imam I Masjid Bandar Sri Aman iaitu Tn. Hj. Abg. Aing bin Abg. Koteng, Pengerusinya, Tn Hj. Mustapha bin Salleh memberi kata-kata aluan. Di antara perkara yang menarik disebut oleh beliau ialah pencarian ilmu seawal usia begini merupakan titik permulaan kearah kejayaan mereka dimasa akan datang.
Selepas itu, ucapan Perasmian Penutupan Kem Lonjakan Matematik disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Muhiyuddin, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman yang beliau juga merangkap Penyelaras/Penasihat Jawatankuasa Pengelola kem ini.
Beliau menyentuh mengenai konsep 1Malaysia, terutamanya ‘pencapaian diutamakan’ hendaklah diiringi oleh kebolehan, sikap dan disiplin murid-murid ini. Majlis ini diakhiri dengan murid-murid berebut-rebut mengambil gambar bersama kami.
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola yang menyediakan kemudahan program dan menjemput sekolah-sekolah. Begitu juga dengan guru-guru pengiring yang berkorban masa demi murid-murid.
Semoga berjumpa lagi!
