Categories
Aktiviti Jawatankuasa Pengurusan Masjid Aktiviti Kanak-Kanak SSAK Terkini

Lawatan ke Masjid Darul Ehsan, Rambungan, Lundu 2015

Satu lawatan ke Masjid Darul Ehsan, Rambungan telah diadakan pada sebelah petang 27 Oktober 2015 bagi bertemu dan berbincang dengan ahli jawatankuasa masjid tersebut dalam menubuhkan taska masjid. BPP-MIS telah diwakili oleh Cikgu Hj. Sulaiman bin Saihk Abdul Kadir dan saudara Awang Ierwan bin Awang Abdillah. Cik Sharifah Safarina binti Wan Abdullah, pengasuh taska Surau Darul Hijrah, Bandar Baru Samariang juga telah dibawa bersama untuk menerangkan prosedur dan berkongsi pengalaman penubuhan Taska Surau Darul Hijrah, Bandar Baru Samariang.

Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Ehsan telah diwakili oleh pengerusinya Encik Raya bin Kechil yang juga telah aktif terlibat dalam Kembara Hijrah 2015. Hasil daripada perjumpaan tersebut, pihak jawatankuasa telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan taska masjid di tingkat bawah masjid lama dan empat (4) individu telah dikenalpasti untuk jawatan pengasuh taska. Pada 30 Oktober 2015, BPP-MIS yang diwakili oleh Cikgu Hj. Sulaiman sendiri dibantu oleh Cikgu Narawi bin Hj. Udin dan Saudari Noraida Sharif telah menemuduga calon-calon tersebut di pejabat BPP-MIS, Kuching dan berjaya mengenalpasti dua (2) orang bakal pengasuh taska Masjid Darul Ehsan, Rambungan.

By Shahriman Shukarmin

Pegawai Zon Utara Sarawak (ICT) BPP-MIS

Leave a Reply