Majlis Ilmu ini diadakan untuk memenuhi keperluan dua kumpulan sasar khusus, iaitu Ketua Masyarakat dan JKP Masjid, dan Fasilitator Rakan Kongsi. Dua aktiviti yang sebelum ini diadakan secara berasingan, telah diadakan secara serentak bagi tahun 2013. Ini dilakukan bagi tujuan memberi peluang kepada kedua-dua kumpulan tersebut membina silaturahim dan jaringan kerjasama dalam menjayakan program dan aktiviti pembangunan ummah di kawasan masing-masing. Majlis tersebut telah disertai seramai 104 orang peserta: 85 orang dari kalangan ketua masyarakat dan JKP Masjid, dan 19 orang fasilitator rakan kongsi.
Rumusan Peserta Majlis Ilmu
Tugas / Peranan | Bilangan (orang) |
Temenggong | 1 |
Pemanca | 2 |
Penghulu | 21 |
Ketua Kaum | 7 |
Ahli Lembaga Amanah Kebajikan Islam | 5 |
JKP Masjid | 49 |
Fasilitator PERASA (Kuching) | 7 |
Fasilitator PERASA (Samarahan) | 2 |
Fasilitator PERASA (Sri Aman) | 2 |
Fasilitator PERASA (Betong) | 4 |
Fasilitator PERASA (Sibu) | 1 |
Fasilitator PERASA (Mukah) | 1 |
Fasilitator PERASA (Limbang) | 2 |
Jumlah Pemanfaat | 104 |
Majlis ilmu pada tahun ini memberi tumpuan utama kepada bengkel Memahami Bahasa Al-Quran yang dikendalikan oleh penceramah bebas, Naaman Saad Mohd Mobark, yang berasal dari Jordan. Bengkel tersebut mendapat sambutan yang amat baik daripada para peserta, dan ramai mencadangkan agar bengkel lanjutan diadakan dengan bilangan peserta yang lebih kecil. Selain itu, majlis ilmu ini juga diisi dengan ceramah agama, taklimat Pelan Tindakan MIS 2011-2020 dan taklimat Perancangan Program dan Aktiviti BPP-MIS 2014.
Tempat dan Tarikh | Pemanfaat | Penceramah dan Fasilitator |
BPP-MIS | 104 orang | 1. Naaman Saad Mohd Mobark (Penceramah Bebas)
2. Ustazah Rafeah Buang (JAIS) 3. Dr Zulwali Kifli Merawi (BPP-MIS) 4. Ustaz Hasfa Bahkry bin Hassan (JAKIM) 5. Ustaz Ahmad Hafiz bin Jaafar (JAKIM) |
Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Kuching
6 – 8 Disember |
85 Ketua Masyarakat dan JKP Masjid19 Fasilitator Rakan Kongsi |