Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the supsystic_tables domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in C:\Domains\bppmiscom\bppmis.com\wwwroot\wp-includes\functions.php on line 6114
Seminar Kepimpinan Islam Dalam Pendidikan 2013
Categories
Aktiviti Pemimpin Masyarakat Aktiviti Rakan Kongsi

Seminar Kepimpinan Islam Dalam Pendidikan 2013

Kursus Pembimbing 1

Seminar tahunan ini dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS), dengan kerjasama BPP-MIS. Tujuan seminar ini adalah untuk membolehkan para pemimpin pendidikan dan guru-guru kanan di Sarawak mengikuti serta memahami perkembangan terkini mengenai isu-isu dan cabaran yang dihadapi ummah. Seterusnya, peserta diberi peluang untuk memahami peranan masing-masing sebagai pemimpin dalam menangani isu atau masalah yang dikenalpasti.

 

# Tajuk Bentuk Penyampaian
1 Pendidikan Suatu Amanah Kepimpinan Ceramah
2 Ruang & Peluang Mendepani Cabaran Sosial Umat Islam Ceramah
3 Jejak-jejak Pengupayaan Ummah: Pengalaman BPP-MIS Ceramah
4 Kepimpinan: Ibrah dan Gaya Tokoh-Tokoh Islam Pembentangan Modul
5 Pemimpin sebagai Ibubapa Pembentangan Modul
6 Daya Saing Murid Islam dalam Akademik / Peperiksaan Awam, dan Prestasi Pencapaian Pelajar Islam di IPTA Forum

 

Bagi tahun 2013, seminar yang bertemakan “Tanggungjawab Bersama Menjulang Pendidikan Sarawak” telah melibatkan seramai 77 orang peserta dalam kalangan pegawai-pegawai kanan Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, dan beberapa orang pegawai dari JPNS, serta beberapa orang penceramah jemputan.

 

Pengelola

Tarikh dan Tempat

Pemanfaat Kawasan Terlibat Penceramah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 77 orang Sibu

Mukah

Sarikei

Kapit

1.    Ustaz Baharuddin Mansor (HIKMAH)

2.    Muhamad Syaari bin Abdul Rahman

(Ibrah Paradigm Training Consultancy)

3.    Prof Madya Dr Shahren Ahmad Zaidi (UNIMAS)

4.    Dr. Azhar Ahmad (PPD Simunjan)

5.    Ja’afar bin Belal (JPNS)

6.    Datu Dr Hj. Adi Badiozaman Tuah
(BPP-MIS)

Leave a Reply