Categories
Aktiviti Belia Aktiviti Pemimpin Masyarakat Aktiviti Rakan Kongsi

Kursus Pemantapan Jati Diri

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan peluang kepada pemimpin belia meningkatkan kesedaran dan semangat kerja sepasukan serta memantapkan lagi jati diri mereka supaya lebih berkeyakinan dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. Pada tahun 2013, BPP-MIS telah merancang dan melaksanakan 10 Kursus Pemantapan Jati Diri untuk pemimpin belia yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 dan mahasiswa di institusi pengajian tinggi tempatan. Kesemua 10 aktiviti tersebut dikelolakan sepenuhnya oleh rakan kongsi iaitu JKP Masjid, pihak sekolah dan institut pengajian tinggi.

Selain itu, atas permintaan daripada rakan kongsi, empat lagi Kursus Pemantapan Jati Diri telah juga dilaksanakan dalam tahun 2013 menggunakan sebahagian daripada bajet yang diperuntukkan kepada Kursus Pembinaan Asas Kepimpinan dan Pengurusan. Keempat-empat kursus tersebut juga diuruskan sepenuhnya oleh rakan kongsi. Dengan pertambahan aktiviti tersebut, sejumlah 14 Kursus Pemantapan Jati Diri yang telah memanfaatkan 676 orang belia diadakan sepanjang tahun 2013.

Bil Pengelola

Tarikh dan Tempat

Pemanfaat

Kawasan / Sekolah Terlibat

Penceramah dan Fasilitator
1 Persatuan Persaudaraan Melayu Sri Aman dan

JKP Masjid Bandar Sri Aman

38 orang

Pelajar Ting. 6

1.        Zainal Surat (PPD Sri Aman)

2.        Ustaz Rosli bin Sulaiman

3.        Ustaz Ahmad Nazib bin Buang (SMK Simanggang)

26 – 27 Jun

Masjid Bandar Sri Aman

Bandar Sri Aman
2 JKP Masjid Al-Hidayah Seberang Bako dengan kerjasama SMK Bako 73 orang

Pelajar Ting. 6

1.        Kamariah Lett (SMK Semerah Padi)

2.        Ustaz Sulaiman Hashim (JPNS)

3 -4 Julai

SMK Bako, Kuching

SMK Bako
3 JKP Masjid Al-Muttaqin, Sarikei 38 orang

Pelajar Ting. 6

1.        Ustaz Awg Norizal Awg Kenit

(SK Muara Payang)

2.        Ustaz Hj Kanil Hj Ali Hassan (SMK A Saratok)

3.        Ustaz Rajemi Rejeli (PPD  Sarikei)

4.        Abdul Hadi Hj Ishak (IPG Rajang)

5.        Ustaz Osmandi bin Nazrin (SK St Alphonsus Julau).

27 – 28 Julai

Masjid Al-Muttaqin, Sarikei

Bandar Sarikei

 

Leave a Reply