Kursus ini bertujuan untuk menambah bilangan fasilitator atau pembimbing daripada kalangan pemimpin belia yang mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk membantu pihak masjid khususnya dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan golongan belia di tempat masing-masing. Pada tahun 2013, sejumlah dua kursus telah dijalankan dan dikendalikan dalam bentuk ceramah, aktiviti main peranan dan latihan amali yang berkaitan dengan bidang berikut:
- Pembinaan semangat persaudaraan dan kerja sepasukan
- Kesedaran dan pengurusan emosi kendiri
- Perhubungan interpersonal dan harga diri
- Peranan dan tanggungjawab fasilitator
- Kemahiran asas kefasilitatoran
- Komunikasi berkesan
Kursus tersebut telah berjaya mengumpul seramai 42 orang bakal fasilitator belia.
Bil | Pengelola
Tarikh dan Tempat |
Pemanfaat
Perincian Pemanfaat |
Penceramah / Fasilitator |
1 | BPP-MIS | 17 orang | 1. Abdul Hadi bin Ishak ( IPG Rajang)
2. Kamariah Lett (SMK Semirah Padi) 3. Dr Zulwali Kifli Merawi (BPP-MIS) 4. Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan 5. Ustaz Ahmad Hafiz bin Jaafar (JAKIM) |
25 – 27 Oktober
PLS, Kuching |
10 Pelajar IPG TAR
3 Pelajar UiTM 1 Pelajar SEGI College 1 Belia Lepasan SMK Matang Hilir 2 Guru SMK Spaoh |
||
2 | BPP-MIS | 25 orang | 1. Abdul Hadi bin Ishak ( IPG Rajang)
2. Dr Zulwali Kifli Merawi (BPP-MIS) 3. Yasmin bin Hj Hashim (SMK St Teresa Kuching) 4. Ustaz Sulaiman bin Hashim (JPNS) |
15 – 17 November
Hotel Penview Kuching |
18 Pelajar IPG Batu Lintang
2 pelajar IPG TAR 5 pelajar UiTM |
||
Jumlah Pemanfaat | 42 orang |