Tarikh – 19 September 2015
Tempat – Taska Masjid An Nur Pujut, Miri
Sempena kunjungan ke Miri bagi mengurus setiakan Konvensyen Pendidikan Prasekolah 2015, Tuan Haji Cikgu Sulaiman bin Saihk bin Abdul Kadir bersama Pegawai ICT telah mengadakan temujanji dengan pihak JK Pengurusan Masjid An Nur, Pujut bagi melihat keadaan taska masjid yang pernah beroperasi namun ditangguhkan atas ketiadaan pengasuh dan masalah pengurusan yang tidak dapat dielakkan. Kunjungan telah dibuat setelah Solat Jumaat di masjid tersebut.
Setiausaha dan dua (2) ahli JK Pengurusan Masjid telah hadir dan perbincangan telah dibuat dalam bilik taska masjid. Antara perkara yang dibincangkan adalah masa depan taska untuk beroperasi semula pada tahun hadapan (2016) dan langkah-langkah yang perlu diambil termasuk mengadakan temuduga atau mengenalpasti bakal pengasuh taska. Memandangkan taska telah lama tidak beroperasi, ruang bilik taska telah dijadikan stor sementara kerja-kerja penambahbaikan yang sedang berjalan di masjid tersebut. Pihak JK Pengurusan juga telah diberi taklimat tentang usaha BPP-MIS untuk bagi menaiktaraf Taska Masjid sedia ada kepada Taska Permata KEMAS Masjid. Beberapa masalah yang telah dihadapi oleh JK Pengurusan Masjid dalam mengurus taska juga telah disuarakan. Namun, mereka bersetuju bahawa jika pihak KEMAS dapat membantu dalam pengurusan taska masjid segala masalah tersebut dapat diselesaikan. Sebagai susulan, BPP-MIS akan menunggu pencalonan bakal pengasuh taska masjid bagi Taska Masjid An Nur dan seterusnya menguruskan latihan dan pensijilan calon tersebut jika diperlukan.