Tarikh: 15-16 November 2015
Tempat: Hotel Hilton, Kuching
Muktamar (Kongres) Salam ‘Alami yang berlangsung selama dua hari ini adalah anjuran Rabitah Al Alami Al Islami dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak. Delegasi Rabitah yang dibarisi oleh penceramah dan ahli panel forum daripada pelbagai negara Islam telah sampai ke Kuching pada Jumaat 13 November 2015 (Jumaat). Delagasi tersebut diketuai oleh Prof Dr Abdullah bin Abdul Muhsin At Turki yang merupakan Setiausaha Jeneral kepada Rabitah Al Alami Al Islami.
Kebanyakan kertas kerja yang disampaikan oleh para penceramah adalah dalam bahasa Arab yang diterjemah dalam Bahasa Inggeris oleh seorang jurubahasa menggunakan alat bantu audio yang disediakan untuk para peserta yang memerlukannya.
Majlis Perasmian Muktamar ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (Yang Dipertua Negeri Sarawak) manakala majlis penangguhan telah dilengkapkan dengan amanat YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem (Ketua Menteri Sarawak) disaksikan oleh Menteri Muda Hal Ehwal Islam YB YB. Datuk Ir. Hj. Daud b. Abd. Rahman dan Yang Di Pertua Majlis Islam Sarawak, YB Datu Haji Putit Matzen.
Dalam Muktamar ini, BPP-MIS dengan bantuan pihak UiTM Sarawak dan beberapa rakan kongsinya telah dipertanggungjawab untuk mendokumentasikan setiap pengisian yang diadakan agar dapat dibentang kepada pihak Majlis Islam Sarawak, Dokumentasi ini diharap dapat dijadikan rujukan bagi mengambil manfaat daripada muktamar ini dan seterusnya mengadakan aktiviti atau tindakan susulan jika diperlukan.