Categories
Aktiviti Majlis Islam Sarawak Terkini

Tahniah! Adik Ayuni dan Adik Muhd. Izz

IMG-20151221-WA0014Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 yang berlangsung di Kolej Sains Bersekutu, Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak pada 19 hingga 21 Disember 2015 telah menyaksikan adik Ayuni Jazirah binti Daniel Liting daripada SK (A) MIS Sarikei menjadi johan syarahan manakala adik Muhamad Izz bin Mukhali dari SK (A) MIS Miri menjadi johan tilawah. Mereka mewakili kontigen Sarawak dalam majlis tersebut setelah menjadi johan di peringkat negeri Sarawak. Hadiah telah disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Perak iaitu YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi rakan-rakan di sekolah serta generasi akan datang.

IMG-20151221-WA0013

By Shahriman Shukarmin

Pegawai Zon Utara Sarawak (ICT) BPP-MIS

Leave a Reply