Assalamualaikum,
Pada 30-31 Januari 2016 telah diadakan Kursus Asas Kajian bertempat di Pusat Kegiatan, BPP-MIS. Seramai 49 orang peserta telah menyertai kursus ini. Mereka terdiri daripada 20 lelaki dan 29 perempuan dari SMK Petra Jaya, SMK Tunku Abdul Rahman, Kolej Datu Abang Haji Abdillah, SMK Santubong, SMK Bandar Baru dan SMK Semerah Padi. Fasilitator untuk kursus ini ialah Dr. Haji Akbar Ibrahim yang merupakan Pensyarah Sambilan di Open University Malaysia dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.
-dyg-