Categories
Pemimpin Belia

Kursus Pemantapan Jati Diri – Kuching 2016

JK Pengurusan Masjid Darul Akmal telah mengadakan Kursus Pemantapan Jati Diri pada 12-13 Mac 2016, bertempat di masjid tersebut. Seramai 17 orang peserta di kalangan Pemimpin Belia di kawasan Samariang, Bandar Baru Samariang dan Taman Samariang Aman. Peserta terdiri daripada 16 lelaki dan 1 perempuan telah mengikuti kursus dengan jayanya. Antara slot untuk kursus kali ini ialah melalui ceramah bertajuk Masyarakat Islam di Sarawak: Isu dan Cabaran oleh Cikgu Hj. Bolhan bin Hj. Omar. Manakala, Tanggungjawab Sebagai Seorang Pemimpin Belia dalam Islam dan tazkirah tentang Istiqamah dalam Menjalankan Tugas pula disampaikan oleh Ustaz Saperi bin Antoni. Fasilitator yang dilantik ialah Cikgu Nasir bin Len dan Cikgu Abd Hadi Hj Ishak yang membimbing peserta. Majlis penutupan dan penyampaian sijil disempurnakan oleh setiausaha Masjid Darul Akmal iaitu Encik Morkan bin Bursi.

IMG-20160312-WA0001

IMG-20160312-WA0013

IMG-20160312-WA0019

IMG-20160312-WA0033

IMG-20160312-WA0046

Leave a Reply