Categories
Aktiviti Sekolah Majlis Islam Sarawak SSAK Terkini

Bengkel Pengurusan Sekolah-Sekolah MIS – Sri Aman 2016

Pada 23-24 Mac 2016, wakil-wakil daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS Sarawak), Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) dan 11 buah sekolah Majlis Islam Sarawak (MIS) di seluruh Sarawak telah berkampung di Tingkat 2, Hotel Seri Simanggang, Sri Aman. Seramai 32 orang peserta telah menghadiri 10 sesi pembentangan, sesi dialog dan sesi penilaian sekolah sepanjang dua (2) hari tersebut.

Bengkel ini telah dimulakan oleh pengerusi acara, Haji Ali bin Bujang (Pegawai Penyelidik BPP-MIS) dengan bacaan doa.

Sebagai kata aluan dan mukadimah kepada Bengkel ini, Pengarah BPP-MIS iaitu Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah telah membawa peserta untuk memperingati semula tujuan penubuhan sekolah agama MIS bagi merangka halatuju

20160323_082250

20160323_085803Bengkel diteruskan dengan pengisian keduanya iaitu Taklimat Teknikal Pembangunan Fizikal Sekolah yang diberikan oleh Puan Khuzaimah binti Othman, Pegawai JAIS Sarawak yang mengurus projek pembangunan fikizal sekolah-sekolah MIS. Taklimat ini telah menerangkan kos dan kerja-kerja yang telah dan bakal dilaksanakan oleh Pihak JAIS. Status beberapa projek di sekolah telah dikemaskini disamping persoalan dan cadangan telah dikemukakan dalam sesi ini oleh wakil-wakil sekolah yang diharap dapat mengenalpasti keperluan pembangunan fizikal sekolah pada masa akan datang.

 

Seterusnya, Pengarah JAIS Sarawak iaitu Tuan Haji Ismail bin Mohd Hanis selaku setiausaha MIS telah berdialog dengan para peserta Bengkel ini. Beberapa cadangan telah dikemukakan dan keputusan telah diambil dalam sesi tersebut. Menurut beliau, sesi tersebut adalah perjumpaan yang pertama kali dihadirinya memandangkan perjumpaan tahun-tahun sebelumnya dihadiri sendiri oleh Yang Dipertua MIS. Dialog ini dipengerusi oleh Datu Dr. Haji Adi Badiozaman dan disertai juga oleh Ustaz Haji Abdul Latif Bin Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah JAIS Sarawak bagi membantu menjawab beberapa persoalan tentang pengurusan sekolah MIS oleh pihak JAIS.

20160323_111436

Setelah sesi tersebut, para peserta telah mengambil gambar kenangan bersama pengarah JAIS dan berhenti minum rehat.

(akan dikemaskini)

By Shahriman Shukarmin

Pegawai Zon Utara Sarawak (ICT) BPP-MIS

Leave a Reply