Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the supsystic_tables domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in C:\Domains\bppmiscom\bppmis.com\wwwroot\wp-includes\functions.php on line 6114
Khemah Ibadah – SJKC Chung Hua Meludam
Categories
Aktiviti Rakan Kongsi Terkini

Khemah Ibadah – SJKC Chung Hua Meludam

Dengan kerjasama semua staf Islam SJKC Chung Hua Meludam dan ahli JK Pengurusan Masjid Al-Mujahidin, Kampung Triso, aktiviti Khemah Ibadah yang diadakan pada 24-27 Mac 2016 telah disertai oleh sejumlah 346 orang dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan kariah masjid tersebut. Mereka telah dibimbing oleh 19 orang fasilitator / penceramah yang diketuai dan diurus oleh Ustaz Haji Hafizul Rasdi iaitu Panitia Pendidikan Islam sekolah tersebut. Aktiviti ini telah menggunakan lima (5) buah lokasi dan pelbagai pengisian telah dibuat bagi mencapai objektif program ini.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Melahirkan insan soleh dan solehah.
  • Memperkasa pendidikan Ibadah amali dan praktikal.
  • Memperkasa pendidikan Aqidah.
  • Menanam perasaan tanggungjawab dalam diri masyarakat terhadap agama.
  • Memperhebat jati diri muslim di kalangan peserta.
  • Menambah kafahaman Islam di kalangan pelajar.

TEMPAT AKTIVITI

  1. SJKC Chung Hua Meludam
  2. Masjid Al-Mujahidin Kampung Triso
  3. Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Maludam
  4. Perpustakaan Desa Maludam
  5. Masjid Darul Mualimin Maludam

TARIKH AKTIVITI

24 hingga 27 Mac 2016

MAKLUMAT FASILITATOR / PENCERAMAH

  1. Ustaz Haji Hafizul Rasdi
  2. Cik Dayang Siti Endun Abang Ariffin
  3. Cik Noreda Sa’adi
  4. Cik Saadiah Maliki
  5. Dayang Mastinggal
  6. Ustaz Ismail Yusuf
  7. Ustaz Dassila Badrol Amin
  8. Ustazah Siti Norfaridah Sahperi
  9. Ustazah Nadia Azia Suuddi
  10. Ustazah Maslina Rajali
  11. Ustazah Mas Ayu Abdul Latif
  12. Ustazah Norhaslin Mohd Soffihin
  13. Ustazah Nur Ramizah Jarawi
  14. Ustazah Normala Affendi
  15. Ustazah Ning Arisyah Jamali
  16. Ustaz Alheybullah Roslan
  17. Ustaz Hezret Harrani Suuddi
  18. Ustaz Mohamad Ikmal Gapar
  19. Ustazah Maziatul Afiqah Abdul Rani

MAKLUMAT PESERTA

Keterangan Peserta

Jumlah

Catatan

Pelajar Islam SJKC Chung Hua Meludam

86 orang

Semua aktiviti
Pelajar SK Maludam dan semua pelajar Islam SJKC Chung Hua Meludam

130 orang

Slot Bacalah Sayang dan Bercerita Kisah Nabi
Semua penduduk Kampung Triso dan pelajar Tahap 2 SJKC Chung Hua Meludam

130 orang

Aktiviti di Masjid Al-Mujahidin Kampung Triso
Jemaah Masjid Darul Mualimin dan semua ibu bapa pelajar dan pelajar Islam SJKC Chung Hua Meludam

200 orang

Mini Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Darul Mualimin Maludam

PENGISIAN AKTIVITI

Keterangan Aktiviti

Objektif dan Matlamat

“BIJAK TAJWID”

Kemahiran membaca al-Quran dan hukum tajwid.

Mengetahui formula mudah mengingati ilmu tajwid.

Membaca al-Quran dengan tajwid yang betul.

Menambah minat mempelajari ilmu tajwid.

“SUCIKAN DIRIMU”

Menekankan adab mandi dan membersih diri serta mengemas diri.

Melahirkan pelajar yang bersih

Mengamalkan adab mandi

Tahu kepentingan kebersihan

“SOLAT FARDHU”

Dilaksanakan secara berjemaah setiap waktu.

Tahu kepentingan solat

Tahu kewajipan solat

Mengamalkan solat dalam hidup

Tahu adab solat

Tahu syarat sah dan rukun solat

“KULIAH DAN TAZKIRAH”

Dilaksanakan setiap selepas solat fardhu.

Mengingatkan para pelajar tentang kewajipan sebagai pelajar muslim.

Mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan.

 

“CENDIKIAWAN MUSLIM”

Mengetahui siapakan Cendikiawan muslim.

Tahu contoh-contoh cendikiawan muslim.

Tahu sumbangan mereka dalam dunia Islam.

Tahu kepentingan ilmu pengetahuan.

Tahu tanggungjawab terhadap ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

“MUHASABAH DIRI”

Merupakan sesi refleksi bagi mendengar kesimpulan pelajar mengenai apa yang mereka perolehi daripada aktiviti sehari-hari.

Memastikan pelajar ingat setiap apa yang diajarkan.

Memastikan pelajar tahu, faham dan boleh buat apa yang diajar.

Memastikan pelajar boleh memberi pendapat dan saranan serta membuat kesimpulan.

“QIAMULAIL”

Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan amalan qiamulail.

Tahu cara melaksanakan solat sunat.

Tahu faedah melaksanakan solat sunat.

Tahu waktu yang afdal melaksanakan solat sunat.

Melatih diri dengan melaksanakan solat sunat.

Melatih diri untuk istiqamah mengerjakan qiamulail.

“BADANKU SIHAT”

“RIADAH ISLAMIAH”

Aktiviti senaman pagi / petang.

Mendapatkan kecergasan diri.

Menyemai semangat kesukanan dalam diri pelajar.

Mengamalkan gaya hidup sihat.

“ANCAMAN AKIDAH”

Memberi penekanan dalam aspek penjagaan akidah.

Tahu akidah yang betul

Tahu peranan akidah

Tahu cara menjaga akidah

Tahu cara memantapkan akidah

 

“SEBUTIR BENIH AKHIRAT”

Memberi pendedahan kepada pelajar mengnai saham akhirat.

Tahu hikmah sedekah

Menghilangkan sifat bakhil

Merasai peluang menabung untuk akhirat

“KHATIB CILIK”

Latihan berkhutbah.

Mempelajari cara menyampaikan khutbah

Membuat amali penyampaian khutbah

“MAKAN BERADAB”

Menekankan adab di meja makan dan ketika makan.

Tahu adab makan

Mengamalkan adab makan dalam kehidupan

“BACAAN YASIN DAN ZIKIR MUNAJAT”

Mendedahkan para pelajar dengan aktiviti bacaan Yasin dan zikir.

Pelajar dapat membaca Yasin dengan betul dan lancar

Mengamalkan zikir dalam kehidupan

“PERELOKKAN BACAANMU”

Mendedahkan konsep membaca Quran dengan lancar dan betul.

Tahu konsep bacaan Quran

Tahu kepentingan membaca Quran

Tahu cara membaca yang betul

Mengamalkan bacaan Quran

 

“TIDURLAH ANAKKU SAYANG”

Melatih para pelajar tidur yang beradab.

Tahu doa tidur.

Boleh hafaz doa tidur

Tidur dengan tertib

“KUASAI JUZ’ AMMA”

Hafazan surah-surah dalam Juz’ Amma

Boleh menghafaz surah-surah lazim.

Mengamalkan bacaan surah dengan betul dan lancar.

“YOUTUBE DAKWAH”

 Menggunakan aplikasi internet

Membuat video pendek dakwah

Mencungkil bakat dakwah dan kemahiran ICT

 

“INFOGRAFIK DAKWAH”

Menggunakan aplikasi internet

Penerangan tentang kesan infografik dakwah dalam masyarakat.
“HAYYA BIL ARABIAH”

 Latihan Asas Bahasa Arab

Mengingati dialog harian dalam Bahasa Arab.

Berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Arab yang mudah.

“BACALAH SAYANG”

 Kepentingan Iqra’ menurut al-Quran

Mengetahui kepentingan ilmu

Mengetahui kisah-kisah nabi dan bercerita kepada rakan-rakan.

“MODEST HIJAB”

 Kepentingan pakaian muslimah

Menimbulkan minat memakai tudung kepala patuh syariah

Kesedaran menjaga aurat.

Mengamalkan pemakaian hijab dalam kehidupan.

“KULIAH MASHSYAR TIME CAPSULE”

 Perdiaan menghadapi hari akhirat

Menghargai dan memahami kepentingan masa dalam kehidupan

Menginsafi masa berlalu yang tidak akan berulang.

SEJENAK AKTIVITI

By Shahriman Shukarmin

Pegawai Zon Utara Sarawak (ICT) BPP-MIS

Leave a Reply