Categories
Aktiviti Kanak-Kanak SSAK Terkini

Penubuhan Taska Masjid Darul Ibadah, Kpg. Stoh, Lundu 2016

Laporan Disediakan Oleh:
Awangku Abdullah Kamarol Bin Awg Suhai
(Setiausaha, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Ibadah, Kpg Stoh)

Pengenalan

TASKA MASJID DARUL IBADAH yang bertempat di Jalan Masjid, Kampung Stoh 94500 Lundu, Sarawak telah beroperasi secara penuh bermula 4 Januari 2016 yang lepas. Perbincangan mengenai penubuhan tersebut telah dilakukan di antara Baitulmal Sarawak dan Jawatankuasa Masjid pada awal November 2015. Peruntukan yang disalurkan kepada Jawatankuasa Masjid dilakukan dengan sebaiknya untuk meningkatkan infrastruktur dan membeli peralatan untuk penubuhan Taska Masjid Darul Ibadah ini. Pihak Jawatankuasa Masjid telah bersetuju untuk menggunakan tingkat bawah Masjid Darul Ibadah sebagai ruangan untuk Taska ini. Pada masa ini, seramai  lima (5) orang kanak – kanak telah mendaftar di Taska Masjid Darul Ibadah. Taska ini telah beroperasi dengan  dua (2) orang pekerja iaitu seorang Ketua Pengasuh dan Pengasuh yang telah dilantik oleh pihak Jawatankuasa Masjid dengan pertimbangan pihak Baitulmal Sarawak. Pada masa ini, hampir 70% kelengkapan telah disediakan dan beberapa kelengkapan lain masih dalam proses pembelian dan dijangka akan dipenuhkan menjelang awal Februari. Pihak Jawatankuasa Masjid juga telah bersetuju untuk menggunakan sebahagian daripada dana Tabung Masjid Darul Ibadah untuk membuat pengubahsuaian pada ruang Taska. Proses pengubahsuaian perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan kanak – kanak dan pekerja di dalam Taska. Penduduk kampung telah berpendapat penubuhan Taska ini merupakan permulaan yang baik untuk pendidikan kanak – kanak di sini. Pendidikan formal dan hal – hal berkaitan agama Islam bermula dari usia kecil disambut baik oleh penduduk kampung. Hal ini disebabkan kebanyakan ibu bapa di kampung ini bekerja sebagai nelayan dan petani yang sibuk dalam mencari rezeki seharian. Maka, penubuhan Taska ini telah membantu dalam memberi pendidikan secara formal kepada anak – anak mereka. Selain itu, ia turut memberi ruang pekerjaan kepada penduduk kampung sebagai pengasuh di Taska. Pihak Jawatankuasa Masjid juga berpendapat penubuhan Taska ini telah membantu merancakkan program masjid dan menjadikan Masjid Darul Ibadah sebagai pusat keilmuan dalam komuniti. Harapan kami adalah agar Taska ini terus berjalan lancar dan memberi pendidikan yang terbaik untuk anak – anak Kampung Stoh, Lundu. Bak kata pepatah, “ melentur buluh biar dari rebungnya ”.

 

MAKLUMAT AM

 

Nama Taska

Taska Masjid Darul Ibadah Stoh

Alamat Taska

Jalan Masjid, Kampung Stoh, 94500 Lundu, Sarawak.

Tarikh MULA Operasi

4 Januari 2016

Pengasuh

  1. Nur Marlina Binti Napi ( Ketua Pengasuh)
  2. Asmaliza Binti Suhaili @ Suahaili

Kanak – Kanak

  1. Abdul Raeef Ayish Bin Abd Rauf
  2. Nur Hayfa Syafiqka Binti Zamriah
  3. Surisha Binti Samsu
  4. Syamimi Amira Binti Sahini
  5. Qaisara Qaireen Binti Abdullah

Penasihat

Kk. Tuan Haji Kipli Bin Liman

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan MASJID

Awangku Abdul Halim Bin Awg Suhai

PENYELIA PROGRAM TASKA

  1. Awangku Abdul Rahman Bin Awg Suhai
  2. Awangku Abdullah Kamarol Bin Awg Suhai

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”28″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_slideshow” gallery_width=”600″ gallery_height=”400″ cycle_effect=”fade” cycle_interval=”3″ show_thumbnail_link=”1″ thumbnail_link_text=”[Papar Imej Kecil]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

By Shahriman Shukarmin

Pegawai Zon Utara Sarawak (ICT) BPP-MIS

Leave a Reply