Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the supsystic_tables domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in C:\Domains\bppmiscom\bppmis.com\wwwroot\wp-includes\functions.php on line 6114
6 Metode: Kunci Sukses Dakwah Rasulullah
Categories
Umum

6 Metode: Kunci Sukses Dakwah Rasulullah

 Pertama: Qoulan Masyura

Kalimat ini mengarahkan umat manusia agar menggunakan kalimat-kalimat yang ringan dan singkat tapi bermakna kerana ianya lebih mudah dan menyenang hati.

وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمُ ابْتِغَاءَ رَحْمَةٍ مِّن رَّبِّكَ تَرْجُوهَا فَقُل لَّهُمْ قَوْلًا مَّيْسُورًا – 17:28

“Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.” Surah al-Isra Ayat 28.


Kedua: Qoulan Syadida

Suatu kalimat yang benar, lurus dan jujur. Berdakwah dengan cara seperti ini akan membolehkan para dai menjalin hubungan dengan pendengarnya sehingga menyentuh kalbunya dan pesan-pesan dakwah mudah diterima.

وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا – 4:9

“Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).” Surah An-Nisa, Ayat 9.


Tiga: Qoulan Layyina

Perkataan yang lemah lembut, menimbulkan simpati dan empati terhadap para jamaah dan sesama para dai.

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ – 20:44

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. Surah Taha Ayat 44


Keempat: Qoulan Ma’rufa.

Kalimat yang baik dan bermutu yang sesuai dengan situasi dan kondisi serta sesuai dengan kearifan setempat.

Surah al-Baqarah ayat 235.

Surah al-Baqarah 263,

Surah an-Nisa ayat 5

Surah an-Nisa ayat 8

Surah al-Ahzab ayat 32


Kelima: Qoulan Baligho.

Kalimat yang sangat mendalam sehingga menyentuh sanubari seseorang dan menusuk ke dalam lubuk hatinya.

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُل لَّهُمْ فِي أَنفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا – 4:63

“Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.” Surah An-Nisa Ayat 63


Keenam: Qoulan Karima.

Perkataan yang mulia dan terlepas dari perkataan yang menyinggung atau menyakiti orang lain.

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا – 17:23

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” Surah al-Isra Ayat 23


Wallahu’alam (Sumber: Disunting daripada WA)

By Shahriman Shukarmin

Pegawai Zon Utara Sarawak (ICT) BPP-MIS