Categories
Umum

Sambutan Israk Mikraj JIBP Taska BPP-MIS 2018

Tarikh

13 April 2018M bersamaan 28 Rejab 1439H

Tempat

Taska BPP-MIS di Pusat Kegiatan BPP-MIS d/a SK Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan

Majlis Sambutan Israk Mikraj adalah aktiviti yang diusaha sama oleh pihak Taska BPP-MIS dan Jawatankuasa Ibu Bapa Pendidik (JIBP) taska ini dalam meningkatkan silaturahim pendidik dengan ibu, bapa atau penjaga kanak-kanak taska. Selain itu, majlis ini bertujuan mendedahkan kepada kanak-kanak taska kepada peristiwa Israk Mikraj sekaligus menjadi tazkirah serta peringatan kepada semua yang terlibat sebagai seorang muslim.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang telah diimamkan oleh Ustaz Nurfaeezwan Buang yang merupakan lulusan USIM dan guru al-Quran di Tahfiz Ar-Razi Taman Sumber Alam. Beliau seterusnya memberi tazkirah Israk Mikraj yang memberi latar belakang ringkas serta peringatan tentang peristiwa penting ini sebelum menggariskan tiga (3) ibrah ringkas yang boleh diambil. Sebelum tazkirah tersebut, bacaan surah Isra ayat 1 hingga 5 telah diperdendangkan kepada hadirin oleh adik Mohammad Zainulmuttaqin bin Mohd. Nurashura yang merupakan alumni Taska BPP-MIS dan murid SK Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Muazzin cilik bagi solat Maghrib dan Isya pada malam tersebut iaitu adik Fariz Daniel juga merupakan alumni Taska BPP-MIS ini. Sebelum jamuan dan bersurai, cenderamata telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Suib Maknun yang merupakan Pegawai BPP-MIS kepada mereka bertiga.

Walaupun terdapat ruang penambahbaikan dalam pengelolaan majlis ringkas ini, mereka yang hadir telah berpeluang untuk mengenali sesama mereka selain staf BPP-MIS lain yang turut hadir bersama iaitu Encik Mohd. Hafif, Ustaz Abdul Malik dan Encik Shahriman. Majlis seperti ini perlu dilaksanakan lebih kerap agar silaturahim yang terbina dapat membantu dalam mewujudkan kolaborasi ibu bapa dan pendidik yang baik dalam menambah baik pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak di taska.

 

Jawatankuasa Pengelola

Penasihat

Encik Mohammad @ Rashid bin Yusoff

Pengerusi

Encik Fadillah Hussaini

Naib Pengerusi

Puan Afzan binti Omar

Setiausaha

Cik Effa Hasfa Rina binti Sahari

Bendahari

Puan Maimunah binti Razali

Penyelaras Program

Cik Aziezah binti Ishak

Pengacara Majlis

Encik Wan Zakaria bin Wan Baduwi

Jawatankuasa Buku Program

Puan Dang Sinaruhanie

Jawatankuasa Edaran Surat Jemputan / Pendaftaran

Effa Hasfa Rina binti Sahari

Puan Halimah Sapuan

Jawatankuasa Siaran

Encik Awang Ierwan bin Awang Abdillah

Jawatankuasa Persiapan Tempat / Peralatan

Puan Maimunah binti Razali

Ahli JIBP Taska BPP-MIS

Jawatankuasa Jamuan

Puan Salmi binti Mahli

Ahli JIBP Taska BPP-MIS

Fotografi / Dokumentasi

Puan Fatimah binti Razali

 

 

 

 

By Shahriman Shukarmin

Pegawai Zon Utara Sarawak (ICT) BPP-MIS