Categories
Umum

Majlis Ucapan Perdana Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Tahun 2022

Majlis Ucapan Perdana Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu Bin Haji Taha telah berlangsung pada 24 Januari 2022 di Dewan Kompleks Islam Sarawak. Majlis tersebut dijalankan dengan pematuhan tinggi terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan surah Yaasin dan doa yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri, Sahibul Fadilah Dato’ Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi serta diserikan dengan alunan selawat dan persembahan pentas.

Bertemakan “Menelusuri Lima Tahun Pembangunan Ummah”, antara intipati ucapan daripada Yang Dipertua Datu Haji Misnu Bin Haji Taha adalah penekanan terhadap Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak yang memberi keutamaan kepada pengimarahan masjid, pendidikan, ekonomi, sosiobudaya, dakwah, dan juga perundangan Islam.

Majlis Ucapan Perdana ini juga buat julung kalinya dijalankan serentak dengan pameran daripada agensi-agensi Islam Sarawak yang terdiri daripada Majlis Islam Sarawak (MIS), Biro Perkhidmatan Pendidikan-Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS), Islamic Information Center Majlis Islam Sarawak (IIC), Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan Lembaga Tabung Haji Sarawak.

Pameran yang berlangsung bermula 24 Januari 2022 dan diteruskan hingga 28 Januari 2022 di Centre Court Majma Mall ini merupakan salah satu inisiatif Majlis Islam Sarawak bagi memperkenalkan dengan lebih dekat lagi agensi-agensi Islam Sarawak kepada masyarakat. Selain itu, pameran yang bermula seawal 08.00 pagi dan berakhir pada 04.30 petang ini turut menjadi platform bagi mempamerkan pencapaian serta sumbangan yang telah dilaksanakan oleh setiap agensi yang terlibat serta pembukaan kaunter bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.

Ucapan Perdana Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu Bin Haji Taha
Barisan jemputan majlis memberi perhatian kepada ucapan yang disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak.
Warga kerja Biro Perkhidmatan Pendidikan (BPP-MIS) yang turut menghadiri Majlis Ucapan Perdana Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak.
Nilai Bersama yang merupakan salah satu intipati Ucapan Perdana daripada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak.
Barisan kepimpinan Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) yang diketuai oleh Datu Dr Haji Julaihi Haji Bujang bersama warga kerja biro.
Menerima kunjungan daripada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Haji Misnu Bin Haji Taha yang diiringi oleh Pengarah Biro Perkhidmatan (BPP-MIS) Datu Dr Haji Julaihi Haji Bujang di tapak pameran.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Haji Misnu Bin Haji Taha menyaksikan tayangan video Menelusuri Lima Tahun Pembangunan Ummah oleh BPP-MIS.
Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan (BPP-MIS) menerangkan kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Haji Misnu Bin Haji Taha berkaitan inisiatif digital yang telah dilaksanakan oleh biro.
Menerima kunjungan daripada Mantan Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan (BPP-MIS), Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah.
Turut hadir membantu di tapak pameran ialah salah seorang fasilitator BPP-MIS iaitu Cikgu Mohammad bin Yusof.
Pengunjung tapak pameran diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan.
Warga kerja Biro Perkhidmatan Pendidikan (BPP-MIS) bersedia menyambut kedatangan pengunjung.
Warga kerja yang bertugas di tapak pameran pada hari ketiga menerangkan maklumat berkaitan BPP-MIS kepada pengunjung yang datang.
Tapak Pameran Majlis Islam Sarawak (MIS).
Tapak pameran Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).
Tapak pameran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).
Tapak pameran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS).
Tapak pameran Islamic Information Centre Majlis Islam Sarawak (IIC).
Tapak pameran Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS).