Categories
Aktiviti Kanak-Kanak Umum

Majlis Konvokesyen TADIKA BPP-MIS sesi 2021/2022

Majlis Konvokesyen atau Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah TADIKA PP-MIS merupakan hari bersejarah bagi setiap individu yang menamatkan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh yang ditetapkan dan merupakan penghargaan dan penghormatan kepada diri mereka terutama kepada kanak-kanak 6 tahun yang akan melanjutkan pembelajaran mereka ke sekolah rendah nanti.

Sehubungan dengan itu, amatlah wajar agar kanak-kanak yang menamatkan pengajian di TADIKA BPP-MIS diraikan dalam satu majlis yang gilang gemilang. Ini amat sesuai dengan perkembangan mereka dan dapat memupuk semangat mereka untuk meneruskan pengajian di peringkat seterusnya.

20 Februari yang lalu merupakan tarikh berlangsungnya Majlis Konvokesyen Tadika Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak Sesi Persekolahan 2021/2022 yang bertempat di Dewan SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Samsudin Drahman selaku wakil daripada Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak.

Aturcara majlis dilengkapi lagi dengan Pameran Aktiviti Murid sepanjang tahun 2021 hingga 2022, Persembahan Joget Lasti, Ucapan Pengerusi JIBP Encik Saat bin Osman, Tayangan Video, Persembahan Tarian Pak Maon, Penyampaian Hadiah dan Sijil, serta penyampaian cenderahati Sarawak Preschool Kids Got Talent.