Categories
Aktiviti Belia

Kembara Hijrah 2022M / 1443H Masjid Darul Muttaqin, Kampung Buntal, Kuching.

BPP-MIS dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Muttaqin, Kampung Buntal telah mengadakan program Kembara Hijrah 1443H/2022M pada 26 dan 27 Februari 2022. Program yang diadakan di masjid tersebut telah melibatkan seramai 22 orang peserta yang berusia 13 hingga 19 tahun. Fasilitator-fasilitator yang bertindak sebagai pemudah cara adalah Ustaz Awang Nurizal bin Awang Kenit daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Ssarawak; Ustaz Awang Yahya binti Mitri daripada Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia; dan Ustazah Nurrulasma Ashyqin binti Heri daripada Sekolah Kebangsaan Petra Jaya. Majlis penutupan secara ringkas telah disempurnakan oleh Pengerusi Masjid, Ustaz Hasibullah bin Roslan.