Categories
Aktiviti Murid Sekolah Rendah Umum

PBK: English Camp 1.0 Masjid Darul Makmur Kampung Jepak, Bintulu.

“Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka dendaklah dia mempunyai ilmu – Imam Syafie”

Pada 26 dan 27 Februari 2022 yang lalu, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Makmur Kampung Jepak Bintulu telah melaksanakan English Camp 1.0 yang bertujuan untuk membantu dan membimbing murid-murid sekolah rendah supaya dapat menguasai beberapa kemahiran asas, di samping membentuk jati diri supaya memiliki keyakinan dan semangat cekal untuk mengikuti pendidikan rendah arus perdana. English Camp 1.0 ini telah disampaikan oleh Nurul Amima Norais yang bertindak sebagai fasilitator. Aktiviti yang dihadiri oleh 24 orang peserta ini diisi dengan beberapa aktiviti antaranya adalah Fun ESL Games, Group Games, dan Tips Score A in English.

Harapan kami dari BPP-MIS dan JKP Masjid Darul Makmur Kampung Jepak Bintulu, agar ilmu dan pengalaman yang disampaikan sepanjang aktiviti dilaksanakan dapat meningkatkan pengetahuan dan dapat diaplikasikan oleh semua peserta bagi menghadapi hari yang mendatang. Mari kita sama-sama melihat suasana sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.