Categories
Umum

Program Kembara Hijrah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1444H / 2022M

Bulan Muharam merupakan permulaan bagi kalendar Umat Islam mengikut kalendar hijrah. Awal Muharram atau juga dikenali sebagai Maal Hijrah adalah tarikh penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Menjadikan peristiwa ini sebagai satu iktibar dan tauladan, Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPPMIS) telah melaksanakan Program Kembara Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah 1444H / 2022M. Program ini dilaksanakan secara dua peringkat iaitu setempat dan berpusat dengan melibatkan belia-belia di Kota Samarahan Sarawak.

Di peringkat setempat, 5 buah masjid telah dipilih bagi melaksanakan program ini pada 23 hingga 24 Julai 2022. Masjid-masjid yang terpilih merupakan masjid yang terletak di sekitar Kota Samarahan selaku tuan rumah sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.

Masjid An-Najah, Asajaya, Samarahan.

Masjid Darul Taqwa, Muara Tuang, Samarahan.

Masjid Nurul Islam, Kampung Pinang, Samarahan.

Masjid Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub, Sadong Jaya, Samarahan.

Masjid Baru Sebuyau, Sebuyau.

Di peringkat seterusnya pula, kesemua peserta daripada kelima-lima buah masjid ini dikumpulkan bagi menyertai Kembara Hijrah Berpusat yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Laila Taib, Kota Samarahan dan menggunakan Dewan Panca Delima sebagai lokasi utama aktiviti pada 23 hingga 24 Julai 2022.

Peserta daripada semua lima masjid terlibat dalam Kembara Hijrah Setempat berkumpul.

Peserta mendengar taklimat daripada Kem Komandan sebelum memulakan aktiviti.

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memastikan objektif program tercapai.

Peserta diterangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang program dijalankan.

Peserta dibahagi kepada kumpulan secara rawak bagi menggukuhkan lagi ukhwah.

Peserta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dikendalikan oleh fasilitator BPPMIS.