Categories
Umum

Kursus Pembangunan Staf: Penyediaan SKT & Pelan Tindakan

Pada 14 Januari 2023, Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS), telah melaksanakan Kursus Pembangunan Staf: Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan & Pelan Tindakan, bertempat di Bilik Eiffel II, Lobby Level, Hotel Pullman, Kuching. Program ini bertujuan memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada warga kerja BPP-MIS dalam merancang dan melaksanakan tugasan, serta memberikan panduan dalam menghasilkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).

Tujuan pelaksanaan program ini adalah bagi memberi ilmu pengetahuan dalam merancang tugasan dimana peserta diberikan pengetahuan asas dalam merancang tugasan yang berkualiti dan relevan. Ia juga memberikan kemahiran dalam merancang dan melaksanakan tugasan melalui pendedahan kepada langkah-langkah praktikal dalam melaksanakan tugasan dengan cekap dan berkesan. Selain itu, pelaksanaannya juga memberi panduan kepada staf untuk menghasilkan SKT dimana peserta diajar cara menyusun Sasaran Kerja Tahunan dan Pelan Tindakan yang berkualiti dan berkaitan dengan matlamat organisasi.

Program telah menjemput Encik Kerry Edison bin Edgar, merupakan Penolong Pengarah daripada Pasukan Sarawak Civil Service Scorecard sebagai penceramah. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam pengurusan prestasi pekerjaan, beliau menyampaikan maklumat dengan jelas dan mendalam, memastikan bahawa peserta memahami konsep dan kaedah yang diajar.

Program disempurnakan lagi dengan ucapan penutupan daripada Yang Berbahagia Datu Dr. Julaihi Bujang, Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak. Beliau memberikan ucapan terima kasih kepada semua peserta dan penceramah serta menggariskan kepentingan penerapan ilmu yang diperoleh dalam pembangunan staf dan pencapaian matlamat organisasi.

Secara keseluruhannya, Kursus Pembangunan Staf: Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan & Pelan Tindakan, berjaya mencapai objektif dan diharap dapat memberi manfaat kepada peserta iaitu warga kerja BPP-MIS dalam menjalankan tugasan. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi aset berharga dalam pembangunanan kakitangan dan organisasi di masa akan datang.