Pengunjung

Pembilang Percuma

Wacana Akademik 2009

“Bersama IPT Membentuk Belia Menjana Kecemerlangan Ummah”

KERTAS KERJA

#1:  Peranan Belia dalam Pembangunan Ummah di Negeri Sarawak

oleh En. Abdul Muntaqim bin Zulkipli (Fellow Himpunan Keilmuan Muda (Hakim))

#2:  Peluang-peluang Pekerjaan dan Potensi Ekonomi Sarawak Melalui SCORE

oleh Yang Berbahagia Datu Ismawi bin Haji Ismuni (Pengarah Unit Perancang Negeri (SPU) Jabatan Ketua Menteri Sarawak)

TUJUAN / OBJEKTIF

  1. Membincang secara kritis isu-isu kritikal berhubung agenda pembangunan dan perkembangan keupayaan masyarakat Islam dalam konteks perubahan semasa dalam pelbagai bidang kehidupan seperti:-
    1. Peranan belia dalam pembangunan Ummah di negeri Sarawak; dan
    2. b. Peluang-peluang pekerjaan dan potensi ekonomi Sarawak melalui SCORE
  2. Mencadang tindakan strategi serta langkah atau pendekatan pendidikan dan pembangunan berterusan yang perlu dan boleh diambil oleh IPT, NGO belia dan BPP MIS untuk memperkasakan lagi usaha-usaha meningkat ketrampilan, keupayaan, kecekapan dan kebolehan individu dan masyarakat Islam bagi menghadapi gelombang pembangunan kedua dan cabaran globalisasi ekonomi dan sosio-budaya di Sarawak, terutama program yang boleh dilakukan oleh dan untuk para mahasiswa dan para ahli akademik Islam Sarawak.

SASARAN

Pensyarah / Belia / Mahasiswa / Remaja

TARIKH

12 Disember 2009 bersamaan dengan 25 Zulhijah 1430H

TEMPAT

Pusat Penerangan Islam Sarawak (Sarawak IIC), KCLD, Jalan Ong Tiang Swee, 93200 Kuching, Sarawak

ATURCARA WACANA AKADEMIK 2009

0700 – 0800 Pendaftaran Peserta
0800 – 0815 Taklimat Perjalanan Wacana
0815 – 0900 Pembentangan Kertas Kerja 1
0900 – 1030 Pembentangan Kertas Kerja 2
1030 – 1100 Kudapan
1100 – 1200 Taklimat Peranan dan Fungsi BPP MIS
1200 – 1330 Bengkel / Sesi Perbincangan Terbuka
1330 – 1430 Makan Tengahari & Solat
1430 – 1700 Ucap Utama & Dialog Bersama YAB Ketua Menteri Sarawak
1700 Jamuan dan Bersurai

1 comment to Wacana Akademik 2009

  • Samsol Bin Morshidi Bujang

    Assalamualaikum WBT

    Tahniah di atas pengajuran wacana ini semalam. Saya terpanggil untuk memberi sedikit pendapat yang mana sesuai atau tidak terpulang kepada pihak Tuan untuk mengaplikasikannya. Tidak terlalu panjang pendapat saya yang pertama ialah. Belia seharusnya diberi tarbiyyah yang secukupnya dengan kepentingan hidup bermasyarakat.
    Yang kedua, dakwah bil hal yang dibawa dan didukung oleh Majlis Islam Sarawak mestilah dipergiatkan lagi dengan bersemuka dan bukannya secara ekslusif. Jerayawara di Qariah-qariah angkat terutamanya di kawasan bandar dan luar bandar (lupakan dulu di pedalaman) haruslah dibuat secara tersusun dan teratur bersama-sama ahli Qariah.

    Bagaimana pula kami sebagai profesional dan intelektual menyumbangkan ushaha kami ke arah merealisasikan pembangunan Ummah. Mungkin kami boleh dijadikan role model bagi kariah kami. Katakan Prof Abu (contoh) , seorang anak kelahiran Simunjan, kita jadikan beliau sebgai idola masyarakat dengan mempergiatkan aktiviti ilmu yang bersesuaian dan memupuk minat anak muda kepada ilmu itu sendiri.
    Saudara kita? Satu isu yang perlu diperjuangkan. Di kawasan Padawan misalnya selain daripada Kampung Belimbing dan Darul Islam, saya tertarik kepada rintihan saudara kita di Kampung Rayang mereka ini dihimpit dengan kemiskinan ilmu pengetahuan. Keislaman mereka masih diselubungi oleh kejahilan dalam mengenali agama mereka sendiri walaupun sudah lama bergelar Muslimeen dan Muslimat. Begitu juga di Lundu, bukannya saudara kita, tetapi “born as a Muslim”, sendiripun masih jahil tentang agama. Tempat-tempat inilah secara peribadi saya katakan bakal menyaksikan generasi yang bakal buta kepada agama dan adab sebagai mukmin, Nauzubillah
    Dari tarbiyyah kita memupuk sikap, dari sikap kita memupuk minat dan dari minat itulah percambahan ilmu itu sendiri dapat direalisasikan Wallahu’alam

    Jazakallah Khairan Kasira

    Ikhlas

    Walaupun seolah-olah bernada rumah dah siap pahat masih berbunyi terus terang saya katakan bahawa wacana ini tadi masih gagal mencari resolusi yang sepatutnya dibentangkan kepada Pehin Seri. Masa yang kita gunakan tadi lebih banyak menjurus kepada siapa aku dan apa yang aku nak buat secara beretorika dan kemudiannya…….. sampai bila?…

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>