Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the supsystic_tables domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in C:\Domains\bppmiscom\bppmis.com\wwwroot\wp-includes\functions.php on line 6114
Laporan Kem Prihatin Ummah Sadong Jaya 2015
Categories
Aktiviti Pelajar Sekolah Menengah HAB

Laporan Kem Prihatin Ummah Sadong Jaya 2015

OBJEKTIF

Menyediakan peluang pembalajaran untuk membolehkan:

  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab pemimpin masyarakat.
  • Meningkatkan keperihatinan serta rasa kebertanggungjawabansebagai seorang pemimpin
  • Meningkatkan kefahaman dan kepekaan terhadap isu dan maslah yang dihadapi ummah kini

TEMPAT PELAKSANAAN
SMK Sadong Jaya

TARIKH AKTIVITI
27-28 Febuari 2015

SENARAI PENCARAMAH/FASILITATOR.

  1. Ustaz Sulaiman bin Hashim
  2. Mahran bin Daim

SENARAI URUSETIA.

  1. En Hamdan bin Gani
  2. Ustaz Abu Samah bin Kolom
  3. Cik Dayang Siti Aminah Abg. Haman
  4. Cik Alina Zulfia
  5. Cik Norhayati binti Hj Kamri

SENARAI PENGELOLA.

  1. Cikgu Ismail Salleh ( AJK Lembaga Amanah Masjid Sadong Jaya)
  2. Pn Hadiah bt Haji Amit (Pengetua SMK Sadong Jaya)
  3. BPP-MIS

PENCAPAIAN (HASIL BENGKEL) /KEHADIRAN ORANG KENAMAAN (KETUA MASYARAKAT)

Progran Kem Perihatin Ummah ini adalah lanjutan daripada Kem Pemantapan Jati Diri Pengawas. Dalam program ini aktiviti dijalankan mengikut Pengisian yang telah di tetapkan serta disesuaikan mengikut keperluan oleh fasilitator.Kemuncak bagi proram ini ialah lawatan untuk berjumpa dengan keluarga yang berpandapan rendah dan boleh dikatan daif. Peserta juga telah menyumbang sedikit keperluan khasnya keperluan harian.Mereka bertanya beberapa soalan tentang kehidupan keluarga tersebut. Keluarga yang terpilih ini adalah cadangan oleh Ketua Masyarakat kampong tersebut.

BIL KELUARGA KAMPUNG KETUA MASYARAKAT
1
  1. Halimah binti Ojeng
  2. Saadiah bt Abdullah
  3. Jenis bt Sambas
 Kpg Iboi  En Jaraiee
2
  1. En Daud Ramli
  2. Pn Ara bt Jalil
  3. Pn Kenik bt Gapar
 Kpg Sadong Jaya  En Sabang bin Matsah

Dalam masa pertemuan dengan keluarga ini, juga mereka melihat sendiri kesusahan yang dihadapi oleh keluarga berkaitan. Dua orang dari mereka sudah hilang penglihatan (Pn Halimah dan Pn Saadiah) Manakala Pn Jenis sudah uzur dan tidak kenal dengan sesiapa pun.Di Sadong Jaya agak berbeza sedilit kerena semua keluagra yang di temui adalah dalam keadan sihat kecuali mereka adalah gulungan yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Peserta balik ke sekolah untuk sesi refleksi.

KAEDAH DAN PENGLIBATAN MASJID.

Masjid berbincang dengan pihak sekoklah untuk menjalankan aktiviti tersebut. Pihak masjid mmenyediakan makanan dan pihak sekolah menyediakan peserta dan tempat program di jalankan.Ketua masyarakat pula memilih keluarga untuk temui oleh peserta program tersebut.

BILANGAN PESERTA.

Peserta lelaki…………………………………………22 orang

Peserta Perempuan……………………………….20 orang

Jumlah…………………………………………………..42 orang

CATATAN BORANG PENILAIAN

  • Kursus ini dapat menyedarkan saya .Saya ingin mengikuti kursus ini lagi pada masa hadapan. Saya banyak mendapat ilmu dan dapat mengubah diri saya dari di sebelumnya
  • Program ini memberi saya iktibar tentang sesuatu………………………….. saya harap bersama lagi.
  • Program yang menarik ,seronok, dan dapat pengetahuan yang pelbagai. Saya dapat ilmu yang baru dapat memperbaiki diri saya sendiri dan pelbagai lagi…Terima kasih kepada pengurus program ini
  • Kamek  asa gembira sebab dapat mengeratkan silaturrahim sesame sendiri mendapat ilmu dan aktiviti yang dilakukan sangat seronok dan memuaskan
  • Menambah ilmu pengetahuan.Program ini amat berkesan kepada saya kerana dapat memberi keinsafan kepada saya supaya saya taat kepada perentah Allah patuh kepada kedua ibu bapa.sangat  menyentuh perasaan saya.

PELAPOR

Haji Ali bin Bujang

 

 

 

By Shahriman Shukarmin

Pegawai Zon Utara Sarawak (ICT) BPP-MIS