Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the supsystic_tables domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in C:\Domains\bppmiscom\bppmis.com\wwwroot\wp-includes\functions.php on line 6114
Laporan Kursus Lanjutan Kefasilitatoran (PERASA) Kuching 2015
Categories
Aktiviti Belia HBO

Laporan Kursus Lanjutan Kefasilitatoran (PERASA) Kuching 2015

 

Tempat
Hotel Penview, Kuching

Tarikh
29 – 31 Mei 2015

Kelolaan
BPP-MIS

Pengenalan

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan peluang pembelajaran untuk membolehkan para peserta meningkatkan kefahaman mengenai modul Bengkel Kepedulian Sosial (BKS), meningkatkan kemahiran dalam pengendalian aktiviti BKS dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan semangat kerja ‘sepasukan’ dalam kalangan fasilitator. Seramai 25 orang peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL), Pelajar UNIMAS, ICATs, Belia Bekerja dan BPP-MIS,KUIM, pelajar Tingkatan 6 St Joseph dan Pelatih Kolej Kesihatan Kuching yang mendapat manfaat daripada Kursus tersebut. Selain itu seramai 3 orang urusetia untuk kursus ini dan juga 4 orang fasilitator dan penceramah jemputan diperlukan seperti dalam jadual di bawah.

Maklumat Peserta

  • 14 Pelajar IPG Batu Lintang
  • 1 Pelajar UNIMAS
  • 1Pelajar Kolej Kesihatan Awam
  • 1 Pelajar KUIM
  • 1 Pelajar Tingkatan 6 SMK St Joseph
  • 1 Pelajar ICATS
  • 2 BPPMIS
  • 1 MLNG
  • 1 Tukang Masak Airport
  • 1 HGST Western Digital
  • 1 Felda Global

(12L, 13P)

Penceramah

  1. Yasmin Bin Hashim (SMK Semerah Padi)
  2. Nurul Azhar Bin Ahmad (SMK Semerah Padi)
  3. Shahrizan Bin Sarbini (SMK Kabong)

Fasilitator

Nasir Bin Len (SMK St Joseph)

Urus Setia

  1. Siti Zuriah binti Zezan
  2. Nur Faziella binti Sharif

Pegawai Hadir

Haji Bolhan Omar

 

*** Kursus ini adalah kesinambungan dari Kursus Asas Fasilitator PERASA yang telah diadakan pada 8 hingga 10 Mei 2015 yang lepas.

Aturcara atau Jadual Kursus

        Tarikh Masa Aktiviti
29 Mei 2015 (Jumaat) 1500 – 1730 Pendaftaran Peserta (solat Asar)
1730 – 1830 Makan Petang
1830 – 1900 Solat Maghrib
1900 -2000 Taklimat Kursus & Taaruf
2000 – 2015 Solat Isya’
2015 – 2215 Pembentangan Modul Bengkel Kepedulian Sosial
2215 – 2230 Minum Malam
30 Mei 2015(Sabtu) 0530 – 0630 Solat Subuh Berjemaah
0630 – 0800 Sarapan Pagi
0800 – 0900 Sambungan Pembentangan Modul Bengkel Kepedulian Sosial
0900 -0930 Taklimat Khas KEMBARA KASIH
0930 – 1000 Kudapan & Persediaan KEMBARA KASIH
1000 – 1500 KEMBARA KASIH
1500 – 1700 Perbincangan dan Pencernaan Idea Mengenai KEMBARA KASIH
1700 – 1830 Solat Asar & Makan Petang
1830 – 2015 Solat Maghrib & Isya’ BerjemaahTazkirah : Mendengar & Melihat Dengan Mata Hati
2015 – 2215 Pembinaan Semangat Kepedulian Sosial
2215 – 2230 Minum Malam
31 Mei 2015(Ahad) 0505 – 0630 Solat Subuh BerjemaahTazkirah : Konsep Kepedulian Sosial dalam Islam
0630 – 0800 Sarapan Pagi
0800 – 0930 Prinsip PERASA : CUT APPLE A
0930 – 1000 Kudapan
1000 – 1130 Kreativiti dalam Penyampaian dan LDK
1130 – 1230 Sesi Refleksi
1230 – 1330 Sesi Bersama Pengarah BPP-MIS
1330 Makan Tengahari & Solat Zohor & Bersurai

1 2 3 4    5 6

Gambar di atas adalah sebahagian daripada aktiviti kursus di Penview Hotel, Kuching dan Kembara Kasih di Kampung Tabuan Hilir, Kuching. Peserta telah dibahagikan kepada 4 buah kumpulan dan dipecahkan kepada 4 buah keluarga yang telah dipilih, diantaranya yang mempunyai anak Orang Kelainan Upaya, keluarga yang menjaga adik beradik Orang Kelainan Upaya dan juga ibu tunggal yang kematian suami dan anak tempat bergantung. Kesemua mereka adalah dari kalangan keluarga yang susah.

REFLEKSI DARIPADA PESERTA SELEPAS KURSUS

Rata-rata peserta menzahirkan rasa kesedaran, keinsafan dan kesyukuran atas nikmat yang dikecapi berbanding dengan keluarga yang telah dilawati semasa kembara kasih. Lawatan seperti ini perlu di biasakan dan peluang ini patut disediakan untuk semua pemimpin kerana ia boleh meningkatkan keinsafan dan kesyukuran dan rasa kepedulian serta kasih sayang terhadap mereka yang hidup susah dan memerlukan bantuan. Di samping itu, peserta juga mendapat banyak ilmu dan penghayatan erti sebenar kehidupan. Kursus sebegini hendaklah dijadikan satu bidang wajib dalam PERASA. Ini adalah kerana matlamat akhir ia bukan saja untuk kepedulian social tetapi melahirkan konsep masih ada yang sayang. Ia juga mampu membuka mata hati dengan melihat kepayahan atau kesukaran hidup orang lain.

Peserta minta agar program seperti ini diteruskan untuk kesinambungan generasi belia akan datang, ianya bagus, mengajar pelbagai nilai murni dan memberi pengajaran, sangat memuaskan dan berharap supaya program ini akan diperluaskan dan pergi lebih jauh, memberi kesan yang amat positif, berharap agar kursus ini boleh diteruskan untuk para belia supaya dapat memantapkan jati diri dalam persekitaran hidup masyarakat, program selama 3 hari ini tidak cukup dan minta diadakan selama seminggu kerana masa yang agak singkat.

Leave a Reply