Categories
Aktiviti Jawatankuasa Pengurusan Masjid Aktiviti Kanak-Kanak SSAK

Taklimat Taska PERMATA Masjid 2015:

Tempat
Hotel Penview, Kuching
Tarikh
12 Februari 2015

Objektif

  1. Memberi penjelasan tentang objektif penubuhan Taska PERMATA Masjid
  2. Memberi ruang kepada KEMAS dan KKLW untuk memberi penerangan tentang pengambilan pengurusan Taska Masjid
  3. Memberi ruang kepada wakil Taska Masjid untuk menyuarakan permasalahan dan kemusykilan.

Taklimat ini telah dihadiri oleh 3 wakil KEMAS dan Pengarah KEMAS Sarawak – En. Abang Rabaee bin Abang Muhi. Taklimat dimulakan oleh Pengarah BPP-MIS dengan pengenalan diri setiap orang yang hadir.

Setelah sesi taklimat oleh pengarah, pengarah KEMAS telah berkongsi sejarah dan objektif penubuhan KEMAS dan pengalaman mengurus Tadika KEMAS di Sarawak.

Setelah taklimat daripada BPP-MIS dan KEMAS, satu sesi soal jawab telah diadakan dan pelbagai kemusykilan telah dikemukakan termasuk satu perkongsian daripada pegawai JAIS – Ustaz Morshidi Bin July berkenaan pentadbiran di masjid.

By Shahriman Shukarmin

Pegawai Zon Utara Sarawak (ICT) BPP-MIS