Tempat
Dewan Seri Setia, SMK Seri Setia, Kuching.
Tarikh
15 – 17 Mei 2015
Pengenalan
Bengkel Kemahiran Cara Belajar dan Kursus Kemahiran Berfikir telah diadakan di Dewan Seri Setia, SMK Seri Setia Kuching pada 15 hingga 17 Mei 2015 dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Saadah, Kampung Tabuan Hilir, Kuching. Peserta kursus terdiri daripada 57 (18 lelaki dan 43 perempuan) orang pelajar Tingkatan Empat.
Bengkel ini telah dikendalikan secara penyampaian ceramah , bengkel dan aktiviti kerja berkumpulan . Penceramah bagi kursus ini adalah terdiri daripada:
- Encik Jais Sahok, Jurulatih Pakar Peningkatan Sekolah PPD Kuching.
- Tuan Hj. Ahmad bin Sabu, Rakan Kongsi BPP-MIS
-
Encik Narawi bin Haji Udin, Pegawai Penyelidik BPP-MIS
Kandungan Bengkel dan Kursus
- Motivasi Untuk Belajar dan Gaya Pembelajaran serta Pengurusan Masa disampaikan oleh Narawi bin Hj. Udin pada 17.5.2015 (Ahad), jam 0800-1100 (3 jam)
- Kemahiran Membaca dan Membuat Rujukan disampaikan oleh Encik Jais Sahok pada 15.5.2015 (Jumaat), jam 1400 -1530 (1 ½ jam)
- Kemahiran Menulis Laju dan Kemahiran Mencatat Nota disampaikan oleh Encik Jais Sahok pada 15.5.2015 (Jumaat), jam 1530 – 1700 (1 ½ jam )
- Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis disampaikan oleh Encik Jais Sahok pada 16.5.2015 (Sabtu) jam 0800 – 1700 (7 jam)
- Kemahiran Mendengar Dengan Berkesan dan Kemahiran Mengingat disampaikan oleh Tuan Hj. Ahmad bin Sabu pada 17.5.2015 (Ahad), jam 1100 – 1300 dan jam 1400 – 1600 (4 jam).
Penilaian Kursus
Dari hasil bengkel pengurusan masa yang dibentangkan oleh peserta, mereka didapati telah dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi dari sesi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Kebanyakan peserta menyarankan agar kem ini diperluaskan lagi kepada pelajar lain kerana aktivitinya sangat berguna untuk meningkatkan kemahiran cara mereka belajar. Secara keseluruhannya fasilitator bagi bengkel ini telah berjaya mencapai objektif yang telah tetapkan bagi pengendalian aktiviti bengkel ini.
Penutup
Bengkel Kemahiran Belajar dan Kursus Kemahiran Berfikir di SMK Seri Setia, Kuching ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan licin kerana komitmen tinggi daripada 14 guru pengawas.
Laporan disediakan oleh: (Narawi bin Hj. Udin) Pengawai Penyelidik Bahagian Perkhidmatan Pendidikan Am Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak Tarikh: 18 Mei 2015