Tahun 2015

Pada tahun 2015, BPP-MIS telah membantu melaksanakan Konvensyen Pendidikan Prasekolah

ke-11 2015 di Sibu dan bersama 10 masjid / surau dalam menganjurkan aktiviti Kembara Hijrah di Bahagian Kuching. Dua (2) aktiviti perdana ini adalah sebahagian daripada 405 aktiviti yang telah dilaksanakan untuk memenuhi keperluan 11 kumpulan sasar melibatkan sejumlah 65 masjid / surau di Sarawak. Tahun 2015 merupakan tahun kedua terakhir dalam Rangka Pelan Kedua BPP-MIS 2013-2017 yang menumpukan kepada pengelolaan lebih banyak aktiviti  Dari segi perancangan yang telah dibuat, 96% daripada 421 aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan. Namun demikian, usaha memindah pengurusan 14 taska masjid sepenuhnya kepada pihak KEMAS yang sepatutnya bermula pertengahan tahun ini hanya dijangka hanya dapat diteruskan pada awal tahun 2017 setelah nota persefahaman (MoA) antara MIS dan KKLW dapat ditanda tangani. Dari sudut lain, seramai 17 pengasuh taska masjid telah tamat pengajian pada tahun ini dan dianugerahkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang bakal disampaikan di PWTC, Kuala Lumpur pada tahun 2016. Sebanyak empat (4) taska masjid baharu telah dibantu penubuhannya menjadikan jumlah taska masjid yang beroperasi sebanyak 39 buah di seluruh negeri Sarawak. Pembangunan dan pengurusan taska masjid terutama di kawasan pinggir dan luar bandar ini memberi manfaat kepada lebih kurang 251 kanak-kanak kecil. BPP-MIS menjangka lebih ramai individu dapat dilatih pada tahun 2017 untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dalam merealisasikan pendidikan berasas komuniti dan pemerkasaan ummah melalui inisiatif pendidikan berpusatkan institusi masjid.

Sorotan Aktiviti Besar Sepanjang Tahun 2015

  • Kembara Hijrah Kuching 2015
  • Konvensyen Pendidikan Prasekolah ke-11 (Sibu) 2015
  • Bengkel Pengurusan Sekolah MIS (Kuching) 2015
  • Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Menteri 2015

Muat Turun Laporan

Laporan Program dan Aktiviti BPP-MIS bagi tahun 2015