Pendidikan || Ekonomi || Sosiobudaya || Perundangan Islam || Gerakan Dakwah || Politik dan Pentadbiran
Pengenalan
Kongres Islam Sarawak telah berlangsung di Hotel Grand Margherita – Riverside Majestic, Kuching pada 10-12 Februari 2009 dihadiri oleh sekitar 400 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan dan usia, dari seluruh negeri Sarawak dan beberapa peserta dari Sabah dan Negara Brunei Darussalam. Resolusi Kongres ini telah diperhalusi dan diperkemaskan oleh Jawatankuasa Persidangan Kongres Islam Sarawak 2009 yang berpusat di Biro Perkhidmatan Pendididikan Majlis Islam Sarawak, bagi pihak Jawatankuasa Kongres Islam Sarawak 2009, untuk tindakan selanjutnya oleh mana-mana pihak berkenaan dan berkepentingan. Kongres ini merupakan susulan dan perkembangan daripada Kongres Islam Malaysia Timur yang telah diadakan pada 3 – 5 Mei 1968 di Dewan Masyarakat, Kuching. Kongres ini menumpu sepenuh perhatian terhadap perkembangan agama Islam dan masyarakat Islam di Sarawak, dengan tujuan menilai sejauh mana idea dan pandangan daripada Kongres Islam Malaysia Timur pada tahun 1968 telah direalisasikan, atau berubah dalam konteks realiti semasa.
Pengisian Kongres
Kertas Kerja 1
“Penyertaan dan Prestasi Pelajar Islam Sarawak dalam Pendidikan Rendah dan Menengah”
Tarikh: 9 Ogos 2008 Masa: 0930 – 1030
Pembentang : Dr Haji Julaihi Bin Haji Bujang (Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak)
Pengerusi : Dr Zulwali Kifli Merawi
Kertas Kerja 2
“Penyertaan dan Prestasi Pelajar Islam Sarawak dalam Pendidikan Peringkat Pengajian Tinggi”
Tarikh: 9 Ogos 2008 Masa: 1100 – 1200
Pembentang : Dr Shahren Tun Ahmad Zaidi (Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak)
Pengerusi : Dr Zulwali Kifli Merawi
Kertas Kerja 3
“Penyertaan dan Penglibatan Orang Islam Sarawak dalam Dunia Perniagaan”
Tarikh: 9 Ogos 2008 Masa: 1200 – 1300
Pembentang : Profesor Dr Abd Rahman Deen (Pensyarah, Universiti Teknologi MARA Kampus Sarawak)
Pengerusi : Pn. Noriah Ahmad
Info Kolokium
Kolokium Pendidikan Mahasiswa Islam 2008
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
Kertas Kerja 4
“SCORE dan Pembangunan Ekonomi di Sarawak”
Tarikh: 10 Ogos 2008 Masa: 0830 – 0930
Pembentang : Encik Ismawi Hj Ismuni (Pengarah, Unit Perancangan Negeri (SPU), Jabatan Ketua Menteri, Sarawak)
Pengerusi : Sulaiman Wak
Kertas Kerja 5
“Perkembangan Sosiobudaya dan Politik di Sarawak: Isu dan Cabaran”
Tarikh: 10 Ogos 2008 Masa: 0930 – 1030
Pembentang : Profesor Dr Awg Hasmadi bin Awg Mois (Bekas Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia)
Pengerusi : Encik Abg Sallehuddin bin Abg Shokeran
Taklimat 1
“Kedudukan Orang Melayu dalam Perkhidmatan Awam & Dunia Korporat”
Tarikh: 9 Ogos 2008 Masa: 1300 – 1330
Pembentang : Tuan Hj. Sarudu bin Hj Hoklai (Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri, Sarawak)
Pengerusi : Dr. Akbar Ibrahim
Taklimat 2
“Taklimat Hasil Kajian Sosial mengenai Masyarakat Islam di Sarawak”
Tarikh: 10 Ogos 2008 Masa: 1100 – 1130
Pembentang : Profesor Dr Napsiah binti Mahfuz (Pensyarah, Pusat Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak)
Pengerusi : Encik Saiee Driss
Kongres ini juga mencambah fikiran untuk memeta visi, strategi dan langkah-langkah baru ke arah:
- Meluaskan khidmat pemeliharaan/penjagaan ummah yang lebih berkesan dan menyeluruh,
- Membangunkan keupayaan ummah untuk menghadapi cabaran dan ancaman semasa dan masa depan, dan
- Mengukuhkan maruah ummah serta meningkatkan martabat agama Islam supaya lebih disegani dan dihormati masyarakat majmuk.
Berpandukan matlamat dan berdasarkan tema, Ummah Bermaruah, kongres ini telah diisi dengan aktiviti-aktiviti berikut:
- Forum Retrospektif
- Ucapan dan Amanat YAB Ketua Menteri
- Pembentangan Kertas Kerja
- Perkongsian Maklumat dan Interaksi
- Bengkel, dan
- Sidang Pleno.
HASIL Kongres
Hasil daripada aktiviti-aktiviti ini Kongres Islam Sarawak 2009 telah mengemukakan usul dalam enam bidang berikut:
- Bidang Pendidikan;
- Bidang Ekonomi;
- Bidang Sosiobudaya;
- Bidang Perundangan Islam;
- Bidang Gerakan Dakwah; dan
- Bidang Politik dan Pentadbiran.
Sebagai rumusan, Kongres ini telah menggariskan 54 usul berikut:
- Memartabatkan bahasa Melayu dengan menggunakannya sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dalam pengajaran, pembelajaran dan penyebaran semua bentuk ilmu dan pendidikan (terutama sains, matematik dan teknologi);
- Mewujudkan sistem pendidikan yang menerapkan tarbiyyah rohaniyah dalam pendidikan formal di semua peringkat;
- Memastikan kurikulum dan pelaksanaannya bersifat menyeluruh dengan memberikan penekanan juga kepada bidang keusahawanan dan vokasional;
- Menyepadukan sistem pendidikan indigineous (berasaskan masyarakat setempat) yang dibangunkan secara sistematik dengan sistem pendidikan formal kementerian pelajaran;
- Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pedagogi di kalangan pendidik setempat;
- Memperbanyak program jati diri yang berteraskan Islam serta sejarah bangsa dan negara;
- Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Islam mengenai pengertian tentang pendidikan yang syumul dan berterusan sepanjang hayat;
- Mewujudkan kemudahan latihan dan bimbingan untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT di kalangan masyarakat Islam;
- Menambahkan bilangan sekolah agama di negeri ini dengan sekurang-kurangnya sebuah di setiap bahagian;
- Meningkatkan usaha penyerapan budaya ilmu dalam kehidupan seharian masyarakat Islam.
- Memperbanyak bilangan usahawan, pedagang dan peniaga Muslim melalui:
- Perancangan strategik pembangunan sumber manusia oleh badan korporat dan badan amanah dalam melahirkan usahawan Muslim Sarawak,
- Pewujudan satu dana khas untuk membantu usahawan-usahawan baru Muslim membiayai perniagaan mereka,
- Penubuhan akademi usahawan Muslim sebagai institusi latihan untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan dan teknikal dalam bidang keusahawanan, dan
- Penggubalan program pengukuhan serta penerapan nilai-nilai ekonomi Islam di kalangan usahawan muslim.
- Menerima pakai atau menggunakan model Jihad Bisnes yang dipelopori oleh Johor Corp;
- Memberikan rangsangan dan bimbingan kepada usahawan Muslim Sarawak agar berkemampuan menghasilkan dan mempromosikan produk-produk ke peringkat antarabangsa;
- Mewujudkan kesedaran di kalangan Muslim untuk mewakafkan sebahagian hasil pendapatan mereka untuk disalurkan bagi tujuan pembangunan ummah, serta mengusahakan penubuhan sebuah agensi bagi menguruskan wakaf-wakaf agar boleh menjadi aset yang menguntungkan ummah;
- Memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dengan membangunkan ISP berteraskan Islam; dan
- Mengadakan lebih banyak usahasama dan kerjasama ekonomi dengan golongan bukan Muslim.
- Memperbanyak program untuk memperkasakan jati diri segenap lapisan masyarakat;
- Memastikan masyarakat Islam memanfaatkan sepenuhnya setiap peluang pendidikan formal dan tidak formal yang disediakan;
- Menilai semula pengamalan adat supaya bersesuaian dengan ajaran agama Islam;
- Menyediakan peluang dan kemudahan supaya ibu bapa dapat memainkan juga peranan keibubapaan mereka di luar lingkungan rumah melalui institusi-institusi sosial lain;
- Merancang dan melaksanakan program teknikal dan vokasional di kawasan perumahan;
- Mengadakan lebih banyak kursus-kursus keibubapaan;
- Mewujudkan lebih banyak direktori maklumat yang mudah dicapai oleh setiap individu, keluarga masyarakat.
- Mewujudkan sistem penyelarasan rasmi berhubung dengan pelaksanaan undang-undang syariah dengan negara-negara jiran;
- Meningkatkan usaha penyaluran dan penyebaran maklumat perundangan kepada semua lapisan masyarakat;
- Mewujudkan kefahaman yang lebih mendalam di kalangan masyarakat mengenai kuasa dan bidang kuasa perundangan Islam dan perundangan sivil;
- Meningkatkan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan yang sewajarnya bagi pengamal undang-undang syarie seperti yang dinikmati oleh pengamal undang-undang sivil;
- Meminda seksyen 3(1) Ordinan Majlis Islam untuk membolehkan Yang Dipertuan Agong selaku ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak beraja meluluskan undang-undang Islam negeri Sarawak;
- Mewujudkan panel penasihat yang terdiri dari orang-orang berkelulusan syariah bagi memastikan pelaksanaan Tabung Baitulmal selaras dengan kehendak syarak;
- Meminda peruntukan dalam Undang-undang Jenayah Syariah 2001 untuk mewajibkan tindakan pemulihan dan pemurnian aqidah dilakukan ke atas orang Islam yang menyatakan hasrat untuk cuba keluar dari Islam;
- Menubuhkan pusat pemulihan aqidah untuk mendidik atau memberikan khidmat kaunseling kepada orang yang memerlukan perkhidmatan sedemikian;
- Memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengurus hal-hal pembahagian harta pusaka orang-orang Islam yang sekarang ini di bawah kendalian bidang kuasa undang-undang probat di pejabat daerah.
- Membuat ketetapan supaya hanya peguam syarie beragama Islam sahaja layak untuk dilantik menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah.
- Memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengurus hal-hal berkaitan dengan pengambilan anak angkat di kalangan orang Islam;
- Mewujudkan jawatan pegawai syariah di Pejabat Peguam Besar Negeri;
- Mewujudkan jawatankuasa perundangan yang bertanggungjawab untuk meneliti dan mengkaji peruntukan yang berkaitan dengan pentadbiran perundangan Islam di Sarawak.
- Menubuhkan dengan segera pusat latihan bagi pendakwah;
- Mengadakan kursus-kursus yang bersesuaian dan berterusan untuk masyarakat Islam bagi memperkukuhkan jati diri muslim;
- Menerapkan kefahaman tentang konsep jihad dalam pendidikan kepada masyarakat;
- Menggemblengkan tenaga pendakwah daripada kalangan guru agama di sekolah, IPT dan NGO;
- Mewujudkan badan induk (think tank) bagi menyelaras dan memantau perancangan dan pelaksanaan gerakan dakwah;
- Meningkatkan bilangan pendakwah daripada kalangan pelbagai etnik;
- Mengadakan program muzakarah serta kongres secara lebih kerap;
- Membuat perancangan keperluan tenaga pegawai agama untuk memenuhi keperluan masyarakat;
- Mewujudkan pasukan khas (special task force) untuk segera menangani masalah berkaitan dengan kes-kes murtad dan pengkristianan;
- Menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan perkembangan dan pembangunan umat Islam;
- Mewujudkan dana khas untuk membiayai aktiviti dakwah.
- Menambahkan peluang latihan secara berterusan bagi pemimpin-pemimpin Islam dalam bidang kepimpinan dan pengurusan;
- Memurnikan kurikulum di pusat-pusat pendidikan agar selaras dengan ajaran Islam;
- Menggunakan media massa sepenuhnya bagi tujuan menyedarkan masyarakat Islam tentang tanggungjawab pemimpin dan kepimpinan dalam menjaminkan kelangsungan ummah;
- Menyedarkan setiap pemimpin Islam tentang kewajipan dan tanggungjawab mereka sebagai penggerak utama dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat;
- Meningkatkan mutu kepemimpinan pemimpin-pemimpin Islam yang sedia ada melalui penguasaan ilmu pengetahuan tentang sejarah kepimpinan dan kepekaan tentang isu-isu sosial semasa;
- Mengeratkan lagi hubungan dan meningkatkan kerjasama di antara pemimpin semasa dengan golongan muda bagi memperkasakan politik dan kepimpinan di kalangan ummah; dan
- Melahirkan ramai pemimpin pelapis yang berwibawa dan mempunyai ketokohan untuk menjadi pewaris yang bertanggungjawab dalam memimpin ummah.
Bidang Pendidikan
Kerana menyedari kepentingan sistem pendidikan yang syumul, menyeluruh dan bersifat sepanjang hayat, mampu melahirkan generasi pemangkin yang mempunyai jati diri yang unggul, berkeyakinan dan berwibawa dan menyedari juga bahawa:
Rasional
- Wujudnya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak begitu berkemampuan menjadi bahasa pengantar utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik;
- Pendidikan agama dalam sistem pendidikan formal lebih bersifat ritual dan kurang memberikan tumpuan kepada penerapan dan penghayatan nilai-nilai kerohanian;
- Kurangnya kesepaduan antara pendidikan formal dan pendidikan tidak formal yang berasaskan masyarakat;
- Pendidikan tidak formal perlu menjadi pelengkap kepada sistem pendidikan formal;
- Tahap penghayatan terhadap sejarah bangsa dan agama adalah rendah;
- Wujudnya sistem penilaian formal yang terlalu menekankan kepada peperiksaan pusat;
- Kebanyakan umat Islam Sarawak masih belum menguasai ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT);
- Bilangan sekolah agama masih belum mencukupi bagi menampung keperluan masyarakat Islam;
- Kadar keciciran pelajar Islam yang tinggi; dan
- Pencapaian akademik pelajar Islam yang belum memuaskan.
Usul
Maka berhubung dengan bidang pendidikan, kongres ini mengusulkan supaya usaha, langkah dan tindakan seperti berikut diambil oleh pihak berwajib dan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan:
- Memartabatkan bahasa Melayu dengan menggunakannya sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dalam pengajaran, pembelajaran dan penyebaran semua bentuk ilmu dan pendidikan (terutama sains, matematik dan teknologi);
- Mewujudkan sistem pendidikan yang menerapkan tarbiyyah rohaniyah dalam pendidikan formal di semua peringkat;
- Memastikan kurikulum dan pelaksanaannya bersifat menyeluruh dengan memberikan penekanan juga kepada bidang keusahawanan dan vokasional;
- Menyepadukan sistem pendidikan indigineous (berasaskan masyarakat setempat) yang dibangunkan secara sistematik dengan sistem pendidikan formal kementerian pelajaran;
- Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pedagogi di kalangan pendidik setempat;
- Memperbanyak program jati diri yang berteraskan Islam serta sejarah bangsa dan negara;
- Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Islam mengenai pengertian tentang pendidikan yang syumul dan berterusan sepanjang hayat;
- Mewujudkan kemudahan latihan dan bimbingan untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT di kalangan masyarakat Islam;
- Menambahkan bilangan sekolah agama di negeri ini dengan sekurang-kurangnya sebuah di setiap bahagian; dan
- Meningkatkan usaha penyerapan budaya ilmu dalam kehidupan seharian masyarakat Islam.
Bidang Ekonomi
Rasional
Kerana menyedari bahawa peluang-peluang ekonomi yang sedia ada kurang dimanfaatkan oleh usahawan Muslim untuk membangunkan ekonomi masyarakat Islam secara strategik dalam memastikan kelangsungan ummah agar berupaya menyertai dan berperanan penting dalam arus globalisasi ekonomi, dan menyedari juga bahawa:
- Fenomena globalisasi boleh menjadi ancaman dan boleh juga menyediakan peluang kepada pengusaha industri dalam meneruskan kelestarian ekonomi;
- Kurangnya bilangan dan penyertaan masyarakat Islam dalam dunia pedagangan dan perniagaan;
- Tiadanya prasarana yang menyatukan usahawan-usahawan Muslim;
- Kurangnya kerjasama dan usahasama di antara usahawan Muslim dan bukan Muslim;
- Kurangnya penyertaan usahawan Muslim dalam kegiatan ekonomi negeri;
- Kurangnya usaha mengkomersilkan produk-produk usahawan Muslim Sarawak;
- Kedudukan dana masyarakat Islam yang belum kukuh dan belum dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendukung ekonomi; dan
- Kurangnya latihan, kemahiran dan ilmu dalam bidang keusahawanan di kalangan masyarakat Islam
Usul
Maka berhubung dengan bidang ekonomi, kongres ini mengusulkan supaya usaha, langkah dan tindakan seperti berikut diambil oleh pihak berwajib dan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pembangunan ekonomi:
- Memperbanyak bilangan usahawan, pedagang dan peniaga Muslim melalui:
- Perancangan strategik pembangunan sumber manusia oleh badan korporat dan badan amanah dalam melahirkan usahawan Muslim Sarawak,
- Pewujudan satu dana khas untuk membantu usahawan-usahawan baru Muslim membiayai perniagaan mereka,
- Penubuhan akademi usahawan Muslim sebagai institusi latihan untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan dan teknikal dalam bidang keusahawanan, dan
- Penggubalan program pengukuhan serta penerapan nilai-nilai ekonomi Islam di kalangan usahawan muslim.
- Menerima pakai atau menggunakan model Jihad Bisnes yang dipelopori oleh Johor Corp;
- Memberikan rangsangan dan bimbingan kepada usahawan Muslim Sarawak agar berkemampuan menghasilkan dan mempromosikan produk-produk ke peringkat antarabangsa;
- Mewujudkan kesedaran di kalangan Muslim untuk mewakafkan sebahagian hasil pendapatan mereka untuk disalurkan bagi tujuan pembangunan ummah, serta mengusahakan penubuhan sebuah agensi bagi menguruskan wakaf-wakaf agar boleh menjadi aset yang menguntungkan ummah;
- Memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dengan membangunkan ISP berteraskan Islam; dan
- Mengadakan lebih banyak usahasama dan kerjasama ekonomi dengan golongan bukan Muslim.
Bidang Sosiobudaya
Usul
Kerana menyedari bahawa agenda sosiobudaya merupakan teras dalam membina individu, keluarga, masyarakat dan negara ke arah melahirkan Muslim yang mempunyai jati diri yang mantap dan kukuh untuk memimpin dan membangunkan ummah bermaruah, dan menyedari juga bahawa:
- Sebahagian daripada masyarakat Islam masih leka dan tidak mempunyai kemahiran untuk menangani perubahan secara berhemah;
- Wujudnya salah faham mengenai konsep adat dan amalannya dalam masyarakat;
- Institusi keluarga kurang berkesan dalam memainkan peranan sebagai institusi sosial yang bertanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak; dan
- Anggota masyarakat yang terlalu mementingkan diri sendiri dalam semua hal hingga mengabaikan kesejahteraan umum;
Rasional
Maka berhubung dengan bidang sosiobudaya, kongres ini mengusulkan supaya usaha, langkah dan tindakan seperti berikut diambil oleh pihak berwajib dan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam kelestarian sosiobudaya masyarakat:
- Memperbanyak program untuk memperkasakan jati diri segenap lapisan masyarakat;
- Memastikan masyarakat Islam memanfaatkan sepenuhnya setiap peluang pendidikan formal dan tidak formal yang disediakan;
- Menilai semula pengamalan adat supaya bersesuaian dengan ajaran agama Islam;
- Menyediakan peluang dan kemudahan supaya ibu bapa dapat memainkan juga peranan keibubapaan mereka di luar lingkungan rumah melalui institusi-institusi sosial lain;
- Merancang dan melaksanakan program teknikal dan vokasional di kawasan perumahan;
- Mengadakan lebih banyak kursus-kursus keibubapaan; dan
- Mewujudkan lebih banyak direktori maklumat yang mudah dicapai oleh setiap individu, keluarga masyarakat.
Bidang Perundangan Islam
Usul
Kerana menyedari bahawa kedaulatan perundangan Islam mampu meningkatkan martabat ummah, memberikan pembelaan serta perlindungan kepada semua, dan pelaksanaannya yang efektif mampu mewujudkan masyarakat yang aman sejahtera, dan menyedari juga bahawa:
- Tiada peruntukan undang-undang untuk menyelaraskan urusan nikah kahwin dengan negara jiran;
- Tiada akademi latihan yang khusus untuk melahirkan hakim, pegawai perundangan Islam, dan peguam syarie di Sarawak;
- Tiada program khas untuk anak-anak tempatan melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan Islam di dalam dan luar negara;
- Kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat Islam mengenai sistem undang-undang Islam;
- Masih wujud pandangan dan penerimaan yang berbeza di kalangan masyarakat sendiri mengenai kedudukan dan kewibawaan undang-undang syariah berbanding dengan undang-undang sivil;
- Kedudukan pengamal undang-undang syarie dalam sistem perundangan masih belum mendapat pengiktirafan yang sewajarnya;
- Tidak ada badan khas untuk meneliti dan mengkaji peruntukan yang berkaitan dengan pentadbiran perundangan Islam di Sarawak;
- Terdapat pertindihan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab di antara Bahagaian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan di Sarawak; dan
- Pegawai perundangan Islam masih belum mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti bagi menjamin pelaksanaan perundangan Islam secara berwibawa.
Rasional
Maka berhubung dengan bidang perundangan Islam, kongres ini mengusulkan supaya usaha, langkah dan tindakan seperti berikut diambil oleh pihak berwajib dan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam perundangan Islam:
- Mewujudkan sistem penyelarasan rasmi berhubung dengan pelaksanaan undang-undang syariah dengan negara-negara jiran;
- Meningkatkan usaha penyaluran dan penyebaran maklumat perundangan kepada semua lapisan masyarakat;
- Mewujudkan kefahaman yang lebih mendalam di kalangan masyarakat mengenai kuasa dan bidang kuasa perundangan Islam dan perundangan sivil;
- Meningkatkan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan yang sewajarnya bagi pengamal undang-undang syarie seperti yang dinikmati oleh pengamal undang-undang sivil;
- Meminda seksyen 3(1) Ordinan Majlis Islam untuk membolehkan Yang Dipertuan Agong selaku ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak beraja meluluskan undang-undang Islam negeri Sarawak;
- Mewujudkan panel penasihat yang terdiri dari orang-orang berkelulusan syariah bagi memastikan pelaksanaan Tabung Baitulmal selaras dengan kehendak syarak;
- Meminda peruntukan dalam Undang-undang Jenayah Syariah 2001 untuk mewajibkan tindakan pemulihan dan pemurnian aqidah dilakukan ke atas orang Islam yang menyatakan hasrat untuk cuba keluar dari Islam;
- Menubuhkan pusat pemulihan aqidah untuk mendidik atau memberikan khidmat kaunseling kepada orang yang memerlukan perkhidmatan sedemikian;
- Memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengurus hal-hal pembahagian harta pusaka orang-orang Islam yang sekarang ini di bawah kendalian bidang kuasa undang-undang probat di pejabat daerah.
- Membuat ketetapan supaya hanya peguam syarie beragama Islam sahaja layak untuk dilantik menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah.
- Memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengurus hal-hal berkaitan dengan pengambilan anak angkat di kalangan orang Islam;
- Mewujudkan jawatan pegawai syariah di Pejabat Peguam Besar Negeri; dan
- Mewujudkan jawatankuasa perundangan yang bertanggungjawab untuk meneliti dan mengkaji peruntukan yang berkaitan dengan pentadbiran perundangan Islam di Sarawak.
Bidang Gerakan Dakwah
Rasional
Kerana menyedari bahawa gerakan dakwah yang terancang secara strategik perlu dan penting dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh para pendakwah yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan beriltizam untuk memastikan penyebaran dakwah Islam dilakukan dengan efesien dan efektif, dan menyedari juga bahawa:
- Tiadanya pusat perkaderan dakwah bagi melahirkan generasi pelapis dakwah;
- Adanya perancangan untuk menjatuhkan imej dan menjajah pemikiran umat Islam;
- Terdapatnya salah faham mengenai konsep jihad di kalangan masyarakat Islam;
- Program dakwah di Sarawak perlu dimantapkan;
- Tanggungjawab dan kegiatan berdakwah diserahkan hanya kepada agensi agama;
- Tiada badan khusus untuk menyelaraskan perancangan dan pelaksanaan program dakwah sehingga berlakunya pertindihan usaha yang merugikan;
- Sistem bimbingan saudara kita (penganut baru) yang sedia ada tidak bersifat komprehensif dan berterusan;
- Kurangnya ilmu pengetahuan dan kefahaman mengenai isu-isu semasa di kalangan pendakwah;
- Kurangnya kesefahaman antara ulamak dan umarak;
- Kurangnya bilangan pegawai agama berbanding dengan keperluan masyarakat;
- Meningkatnya bilangan kes murtad dan pengkristianan orang Islam.
- Sempitnya kefahaman tentang peranan masjid di kalangan masyarakat Islam; dan
- Kurangnya dana untuk melaksanakan kegiatan dakwah secara lebih meluas dan berkesan.
Usul
Maka berhubung dengan gerakan dakwah, kongres ini mengusulkan supaya usaha, langkah dan tindakan seperti berikut diambil oleh pihak berwajib dan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam gerakan memperkasakan dakwah Islamiah:
- Menubuhkan dengan segera pusat latihan bagi pendakwah;
- Mengadakan kursus-kursus yang bersesuaian dan berterusan untuk masyarakat Islam bagi memperkukuhkan jati diri muslim;
- Menerapkan kefahaman tentang konsep jihad dalam pendidikan kepada masyarakat;
- Menggemblengkan tenaga pendakwah daripada kalangan guru agama di sekolah, IPT dan NGO;
- Mewujudkan badan induk (think tank) bagi menyelaras dan memantau perancangan dan pelaksanaan gerakan dakwah;
- Meningkatkan bilangan pendakwah daripada kalangan pelbagai etnik;
- Mengadakan program muzakarah serta kongres secara lebih kerap;
- Membuat perancangan keperluan tenaga pegawai agama untuk memenuhi keperluan masyarakat;
- Mewujudkan pasukan khas (special task force) untuk segera menangani masalah berkaitan dengan kes-kes murtad dan pengkristianan;
- Menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan perkembangan dan pembangunan umat Islam; dan
- Mewujudkan dana khas untuk membiayai aktiviti dakwah.
Bidang Politik dan Pentadbiran
Rasional
Kerana menyedari bahawa kepimpinan politik dan pentadbiran yang berkualiti adalah penting bagi menjamin kelangsungan dan kesejahteraan ummah dalam masyarakat majmuk di negeri ini, dan menyedari juga bahawa:
- Fenomena globalisasi boleh mengancam kestabilan politik dan kemurnian akidah masyarakat Islam;
- Adanya usaha yang bersungguh-sungguh untuk memisahkan ilmu duniawi dengan ilmu ukhrawi dan ulama dengan umarak;
- Terhadnya peluang yang diberikan kepada para ilmuwan dan ulama untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka melalui media arus perdana;
- Wujudnya usaha-usaha untuk menjatuhkan imej umat dan agama Islam melalui media alternatif; dan
- erdapat segelintir pemimpin Islam yang kurang peka dan tidak mengambil berat tentang isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan ekonomi dan sosial masyarakat setempat.
Usul
Maka berhubung dengan bidang politik dan pentadbiran, kongres ini mengusulkan supaya usaha, langkah dan tindakan seperti berikut diambil oleh pihak berwajib dan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam kepimpinan politik dan pentadbiran: