Bengkel Bina Upaya Ummah II (BBUU2) yang diadakan pada 11 – 12 Disember 2010 di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching adalah susulan daripada bengkel pertama pada tahun 2007, dan bertujuan mendapat input profesional – pandangan dan saranan – daripada golongan profesional dan korporat Islam mengenai bidang tumpuan dan penekanan program dan aktiviti BPP-MIS dalam usaha meningkatkan jati diri, keupayaan dan kemampuan masyarakat Islam untuk menyertai pembangunan ekonomi yang digerakkan oleh SCORE, Model Ekonomi Baru dan RMK ke-10. Pengisian BBUU2 terdiri daripada majlis pembentangan, sesi soal jawab dan dialog yang telah dihadiri sekitar 400 orang peserta.