Resolusi Muktamar Masjid-Masjid Negeri Sarawak 2009

Pengurusan Dana || Pengurusan Personel dan Kemudahan || Pengurusan Data dan Maklumat || Pentadbiran Pejabat || Pentadbiran 3K || Pentadbiran Perhubungan Awam || Pengimarahan Masjid: Kegiatan Ilmu || Pengimarahan Masjid: Perayaan Hari Kebesaran Islam || Pengimarahan Masjid: Kegiatan Kemasyarakatan

Muktamar Masjid-Masjid Negeri Sarawak telah berlangsung pada 11-13 Ogos 2009M (bersamaan 20-22 Syaaban 1430H) di Pusat Penerangan Islam Sarawak, Kuching. Muktamar anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS Sarawak) yang telah berlangsung selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Para peserta adalah terdiri daripada wakil Masjid dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam di seluruh Negeri Sarawak. Sebagai mukadimah, sebanyak lima (5) kertas kerja telah dikupas oleh empat (4) pembentang yang dijemput khas dari Singapura, Indonesia, Johor, dan Sabah. Mereka telah berkongsi pengalaman dalam mentadbir, mengurus dan mengimarahkan masjid di negara atau negeri mereka. Turut membentang adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, YB Dato Sri Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar. Setelah selesai bengkel, satu resolusi telah digubal yang merumuskan hasil perbincangan bengkel untuk sembilan (9) bidang pengurusan, pentadbiran dan pengimarahan masjid. Bidang (B#) yang telah dibengkelkan adalah seperti berikut:

  1. Bidang Pengurusan Dana
  2. Bidang Pengurusan Personel dan Kemudahan
  3. Bidang Pengurusan Data dan Maklumat
  4. Bidang Pentadbiran Pejabat
  5. Bidang Pentadbiran 3K
  6. Bidang Pentadbiran Perhubungan Awam
  7. Bidang Pengimarahan Masjid: Kegiatan Ilmu
  8. Bidang Pengimarahan Masjid: Perayaan Hari Kebesaran Islam
  9. Bidang Pengimarahan Masjid: Kegiatan Kemasyarakatan

Sebagai rumusan, sebanyak 34 cadangan tindakan terhadap 11 isu atau perkara yang telah ditimbulkan dalam Muktamar ini dirumuskan seperti di bawah.

Isu / Perkara

  1. Masjid yang Sudah Ada Sumber Kewangan Tetapi Pengurusan yang Kurang Cekap (B1)
  2. Masjid Yang Tidak Ada Dana / Daif (B1)
  3. Masalah Kemahiran / Sikap Personel (B1)
  4. Masalah Ketiadaan dan Kekurangan Kemudahan (B2)
  5. Pengurusan Data dan Maklumat Asas Kurang / Tidak Diberi Keutamaan (B3)
  6. Masalah Pentadbiran Pejabat (B4)
  7. Masalah Sikap dan Kekurangan Dana Bagi Menjalankan Aktiviti 3K (B5)
  8. Tiada Kegiatan Perhubungan Awam di Masjid (B6)
  9. Kegiatan Ilmu Agama & Akademik Kurang Menarik Minat Masyarakat (B7)
  10. Kegiatan Perayaan Hari Kebesaran Islam Kurang Sambutan (B8)
  11. Kegiatan Kemasyarakatan Kurang Sambutan (B9)

Cadangan Pendekatan

  1. Meningkat Mutu Pengurusan Dana Masjid (B1)
  2. Mendapatkan dan Menambah Dana Masjid (B1)
  3. Meningkatkan Kemahiran / Membaiki Sikap Personel (B1)
  4. Menambah dan Meningkatkan Kemudahan Di Masjid (B2)
  5. Meningkatkan Mutu Pengurusan Data dan Maklumat Di Setiap Masjid (B3)
  6. Meningkatkan Mutu Pentadbiran Pejabat (B4)
  7. Meningkatkan Pengurusan 3K (B5)
  8. Meningkatkan Mutu Kegiatan Perhubungan Awam (B6)
  9. Meningkatkan Mutu Kegiatan Ilmu Di Masjid (B7)
  10. Meningkatkan Mutu Perayaan Supaya Lebih Menarik (B8)
  11. Meningkatkan Mutu Kegiatan Kemasyarakatan (B9)

Cadangan Tindakan

  1. Mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Dana dan Kutipan Derma (sebagaimana dalam Kaedah Pengurusan Kewangan Masjid Negeri Sarawak). (B1)
  2. Melantik Bendahari yang mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan perakaunan. (B1)
  3. Memberikan Latihan kepada JKP Masjid Surau berkaitan pengurusan kewangan. (B1)
  4. Penyediaan Bajet Tahunan untuk Program Masjid dan program tersebut dipamerkan atau diklankan kepada masyarakat setempat. (B1)
  5. Mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Dana dan Kutipan Derma (sebagaimana dalam Kaedah Pengurusan Kewangan Masjid Negeri Sarawak).
  6. Dana khas dari MIS untuk menampung keperluan masjid dan surau. (B2)
  7. Mendapat sumbangan berkala dari agensi setempat (sebagai rakan kongsi). (B2)
  8. Lembaga Amanah Kebajikan Islam setiap bahagian / daerah memberi sumbangan kepada masjid / surau. (B2)
  9. Kerajaan memperuntukkan aset kepada masjid / surau. (B2)
  10. Mengadakan program perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan setempat yang boleh mendatangkan pendapatan kepada masjid / surau. (B2)
  11. Pihak Majlis Islam dan Kerajaan Negeri perlu menambah bilangan Pegawai Naqib yang ada. (B2)
  12. Pihak Majlis Islam dan Kerajaan Negeri perlu memberi elaun kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid. (B2)
  13. Mengadakan latihan berterusan untuk meningkat kecekapan dan kemahiran personel dan pegawai masjid. (B2)
  14. Peranan Majlis Islam melalui Tabung Baitulmal dan Lembaga Amanah dalam memberi kesedaran waqaf kepada umat islam untuk pembangunan institusi masjid. (B2)
  15. Majlis Islam Sarawak perlulah menyediakan satu piawaian rekabentuk bangunan dan senarai kemudahan untuk membolehkan masjid memainkan peranannya sebagai pusat kegiatan masyarakat. (B2)
  16. Mewujudkan satu rangkaian sistem pengurusan data dan maklumat. (B3)
  17. Melatih personel di setiap Masjid untuk mengendalikan rangkaian sistem pengurusan data dan maklumat. (B3)
  18. Mewujudkan sistem penyebaran maklumat secara berkesan (papan kenyataan, sistem siaraya dsb.) (B3)
  19. Menyediakan perkakasan dan kemudahan ICT yang diperlukan kepada setiap masjid dalam sistem rangkaian yang diwujudkan. (B3)
  20. Majlis Islam Sarawak mewujudkan jawatan khas di setiap masjid untuk menjalankan tugas pentadbiran. (B4)
  21. Mengadakan latihan yang sistematik khususnya dalam urusan pembangunan pejabat dan ICT. (B4)
  22. Majlis Islam Sarawak mewujudkan panduan dan piawaian 3K untuk semua Masjid. (B5)
  23. Mengadakan kempen kesedaran 3K. (B5)
  24. Mengadakan smart partnership antara masjid dengan agensi –agensi tempatan seperti pihak berkuasa tempatan, bomba dan seumpamanya. (B5)
  25. Mewujudkan jawatankuasa 3K. (B5)
  26. Majlis Islam Sarawak atau Lembaga Amanah Masjid mewujudkan peruntukan untuk melantik pegawai keselamatan dan juga untuk membiayai aktiviti 3K (B5)
  27. Melantik seorang ahli JKP yang muda dan cergas sebagai Pegawai Perhubungan Awam (B6)
  28. Mengadakan latihan sama ada kursus, bengkel atau pendedahan (B6)
  29. Majlis Islam Sarawak mengadakan kelas bimbingan / kursus / bengkel untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran guru-guru takmir yang ditauliahkan di setiap masjid. (B7)
  30. Mengadakan pakatan strategik dengan agensi–agensi berkaitan seperti JPNS, KAGAT dan seumpamanya. (B7)
  31. Mengadakan program yang sesuai dengan kehendak semasa. (B8)
  32. Pengisian aktiviti ceramah atau forum dalam perayaan hari kebesaran dibantu dengan persembahan multimedia elektronik (B8)
  33. JKP masjid mengadakan program menyedarkan masyarakat tentang konsep Islam dan peranan masjid yang sebenar bagi mengubah persepsi masyarakat tentang tanggungjawab fardhu kifayah setiap individu dalam menjalankan kegiatan kemasyarakatan. (B9)
  34. Penglibatan dan penyertaan pihak swasta dan agensi-agensi dalam menghulurkan dana dan mengadakan program di Masjid. (B9)

Sumber