Perakuan Bengkel Bina Upaya Ummah 2007

Hasil daripada Bengkel Bina Upaya Ummah (BBUU 2007)  yang diadakan pada Disember 2007 di Hotel Holiday Inn, Kuching (Kini dikenali sebagai Hotel Grand Margherita), tiga (3) kumpulan sasar utama telah dikenalpasti dan sembilan (9) bidang bina upaya telah dirumuskan daripada perbincangan bengkel tersebut.

 

Tiga (3) Kumpulan Sasar Utama

  1. Kanak-Kanak
  2. Belia
  3. Pemimpin dan Jawatankuasa Masjid (Diterjemah sebagai “Rakan Kongsi” dalam perancangan BPP-MIS)

Sembilan (9) Bidang Bina Upaya Ummah

  1. Pembangunan pendidikan, perkembangan intelektual dan kesejahteraan psikologi anak-anak muda Islam
  2. Kesejahteraan sosial individu Islam
  3. Kesejahteraan sosial masyarakat Islam
  4. Profesionalisme dan integriti kepimpinan Islam
  5. Kekuatan, ketahanan dan martabat ummah
  6. Kekuatan dan keteguhan iman
  7. Kelestarian ekonomi dan keutuhan dunia dagang masyarakat Islam
  8. Kematangan dan kestabilan politik
  9. Kesihatan dan kesejahteraan demografi dan alam sekitar

Tiga (3) Bidang Bina Upaya BPP-MIS

  1. Pembangunan pendidikan, perkembangan intelektual dan kesejahteraan psikologi anak-anak muda Islam (Bidang Perkhidmatan Pendidikan Am)
  2. Profesionalisme dan integriti kepimpinan Islam (Bidang Perkembangan Profesional Berterusan)
  3. Kesejahteraan sosial individu Islam (Bidang Pembangunan Sosiobudaya)

Lapan (8) Tumpuan BPP-MIS untuk Menangani Isu Pendidikan Dalam Bengkel Bina Upaya 2007

  1. Penambahan peluang pendidikan awal kanak-kanak
  2. Penguasaan kemahiran asas dalam kalangan murid-murid sekolah rendah
  3. Minat terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
  4. Sikap, motivasi, jati diri dan watak budaya generasi muda
  5. Peluang mengikuti pengajian tinggi dan latihan kemahiran
  6. Menangani gejala sosial dalam kalangan belia Islam yang membimbangkan
  7. Kepimpinan institusi sosial dalam kalangan masyarakat Islam
  8. Peranan masjid dalam pembangunan ummah

Dua (2) Pendekatan Menangangani Isu Pendidikan Dikenal Pasti

  1. Membangunkan program dan aktiviti bagi memenuhi keperluan pendidikan kumpulan sasar yang telah dikenalpasti
  2. Membina khalayak yang menyedari tentang pentingnya usaha bersepadu, dan bersedia membantu merealisasikan inisiatif untuk menangani isu-isu tersebut

pautan ke Senarai Bidang Pelaksanaan Aktiviti BPP-MIS