Selari dengan strategi “Memartabatkan Masjid sebagai Pusat Pendidikan” dalam Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak Bidang Pendidikan, BPP-MIS berusaha untuk mewujudkan “Pendidikan Berasaskan Komuniti di Masjid” dengan membantu Jawatankuasa Pengurusan Masjid untuk menjalankan aktiviti pendidikan di tempat masing-masing. Berikut adalah senarai masjid yang telah bersama BPP-MIS sejak penubuhannya dalam merealisasi agenda pengupayaan ummah melalui pengelolaan pelbagai inisiatif pendidikan ini.