Sejarah Penubuhan

Dalam bulan Oktober 2007, daripada idea Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, BPP-MIS telah ditubuhkan dengan hanya Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah sebagai Pengasas dan Pengarah untuk memikir, merancang dan menjadikan biro satu organisasi di bawah naungan Majlis Islam Sarawak satu realiti. Setelah penganjuran Bengkel Bina Upaya Ummah di Holiday Inn Kuching dengan bantuan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), akhirnya pada 28 Mac 2008 (Jumaat), pejabat biro di Jalan Haji Taha telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Daud Ir. Haji Daud bin Abdul Rahman pada 28 Mac 2008 (Jumaat). Pada ketika itu, BPP-MIS terdiri daripada 12 staf sahaja. Kini Biro memiliki hampir 2 orang staf yang terdiri daripada pegawai penyelidik dan sukarelawan yang membantu pelbagai pelaksanaan aktiviti pendidikan.

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud

Program pertama pula dijalankan pada bulan April 2008 merupakan kursus untuk pemantapan jati diri pentadbir pendidikan, pegawai masjid dan pemimpin pelajar di bawah Bahagian Perkembangan Profesional Berterusan. Aktiviti-aktiviti pendidikan yang telah dijalankan oleh Biro hingga kini adalah berasaskan hasil Bengkel Bina Upaya Ummah di Holiday Inn, Kuching, Sarawak pada Disember 2007.

Pengarah BPP

Datu Dr. Haji Adi Badiozaman bin Tuah

Namun begitu, usaha untuk memperkukuh dan menjadikan program lebih relevan dan efektif kepada peserta sasaran masih berterusan disamping tanggungjawab untuk mengenalpasti punca masalah masyarakat Islam di Sarawak dan jalan penyelesaian terbaik untuk mencapai matlamat mencapai “Kecemerlangan Ummah Melalui Pendidikan”.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam)

Ir. Datuk Haji Daud bin Abdul Rahman

Leave a Reply

Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak