Aktiviti

Latar Belakang

Sejak penubuhan pada tahun 2008, BPP-MIS telah merangka dan merintis aktiviti pendidikan di bawah program-program yang selari dengan strategi yang digariskan di bawah tiga (3) daripada sembilan (9) bidang bina upaya yang dikenal pasti dalam Bengkel Bina Upaya Ummah 2007. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membina bina upaya ummah di samping memenuhi memenuhi keperluan semasa tiga (3) kumpulan sasar utama iaitu Kanak-Kanak, Belia dan Rakan Kongsi yang telah dirincikan lagi kepada sebelas (11) kumpulan sasar.

Bermula pada tahun 2015, BPP-MIS merancang untuk menjayakan 31 program yang merangkumi 89 aktiviti utama 3 kumpulan sasar utama ya 11 kumpulan sasar khusus dalam usaha mencapai tiga (3) objektif / tanggungjawab berikut:

OBJEKTIF 1

Membangun dan membina program dan aktiviti pendidikan yang sesuai dan relevan dengan keperluan masyarakat setempat

OBJEKTIF 2

Membantu Majlis Islam dalam merealisasikan perancangan Bidang Pendidikan dalam Pelan Tindakan MIS 2011-2020 (Semak Semula 2017)

OBJEKTIF 3

Mengimarahkan masjid melalui penganjuran pelbagai aktiviti pendidikan

Pada penghujung tahun 2018, BPP-MIS telah memperkenalkan konsep Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK) berpusatkan Masjid dalam Kolokium Belia Islam Sarawak di tiga (3) Zon Sarawak iaitu Selatan (Kuching), Tengah (Sibu) dan Utara (Miri). Pihak Masjid dengan sokongan barisan fasilitator yang telah dilatih dianjur untuk mengelola pelbagai aktiviti pendidikan yang dirasakan perlu oleh masyarakat setempat di masjid masing-masing, terutamanya daripada senarai aktiviti yang telah dicadang dan dirintis oleh BPP-MIS.

3 Kumpulan Sasar Utama & 11 Kumpulan Sasar Khusus (K)

KANAK-KANAK

BELIA

RAKAN KONGSI

K1 ~ Kanak-Kanak Berusia 3-4 Tahun 
K2 ~ Murid yang Ketinggalan
K3 ~ Murid yang Berbakat 
K4 ~ Pelajar yang Memerlukan Bimbingan
K5 ~ Pelajar yang Berpotensi
K6 ~ Belia yang Memerlukan Bimbingan
K7 ~ Belia yang Berpotensi
K8 ~ Pemimpin Belia
K9 ~ Pemimpin dan Individu Prihatin
K10 ~ Kumpulan Rakan Kongsi
K11 ~ Sekolah-Sekolah Majlis Islam Sarawak

89 Aktiviti Utama

  1. Penubuhan Taska Masjid (K1)
  2. Pengurusan & Penambahbaikan Taska Masjid (K1)
  3. Pensijilan Pengasuh Taska Masjid (K1)
  4. Pembekalan Bahan Asuhan Taska Masjid (K1)
  5. Pengurusan Kebajikan Kanak-Kanak Taska Masjid (K1)
  6. Penyeliaan Taska Masjid (K1)
  7. Pengurusan Pusat Sumber (K1)
  8. Pengurusan Taska Eksperimental (K1)
  9. Kem Matematik (K2)
  10. Kem Bahasa Inggeris (K2)
  11. Kem Sains (K2)
  12. Kem Kemahiran Membaca melalui KaBoM (K2)
  13. Kem Jati Diri (K2)
  14. Kem Bina Watak Budaya (K3)
  15. Kem Taranum (K3)
  16. Kem Pembangunan Diri Murid Cerdas (K3)
  17. Kem Asas Kepimpinan (K3)
  18. Kem Pengucapan Awam (K3)
  19. Kem Seni Khat (K3)
  20. Bengkel Bina Insan (K4)
  21. Bengkel Kemahiran Cara Belajar (K4)
  22. Bengkel Kemahiran Asas Komunikasi (K4)
  23. Bengkel Asas Fotografi (K4)
  24. Bengkel Asas Multimedia (K4)
  25. Bengkel Seni Khat (K4)
  26. Bengkel Jati Diri (K4)
  27. Perkampungan Pelajar Islam (PEWARIS) (K5)
  28. Kolokium Rakan Sebaya dan Kepimpinan Pelajar (K5)
  29. Kursus Kemahiran Cara Belajar (K5)
  30. Bengkel Asas Kajian (K6)
  31. Kursus Kemahiran Berfikir (K6)
  32. Kursus Kemahiran Komunikasi (K6)
  33. Kem Eksplorasi Minda (K6)
  34. Kem Keselamatan dan Kesejahteraan Diri (BESTARI) (K6)
  35. Kembara Hijrah (K6)
  36. Kem Asas Budaya (K6)
  37. Usrah Qudwah (K6)
  38. Kegiatan Khidmat Belia (K6)
  39. Kem Seni Budaya (K6)
  40. Bengkel Kemahiran Hidup (K6)
  41. Karnival Masjid (K6)
  42. Kem Pemahaman Akidah (K7)
  43. Kem Mengangkat Martabat Generasi Muda (MUDA) (K7)
  44. Wacana Belia Wanita (K7)
  45. Kem Kesediaan Ke IPT (K7)
  46. Kem Budaya (K7)
  47. Serasehan Belia (K7)
  48. Bengkel Jejak Warisan (K7)
  49. Kem Sukarelawan Belia (K7)
  50. Kuliah Tasawur Islam (K7)
  51. Seminar Pembudayaan Ilmu (K7)
  52. Seminar Pembangunan Ummah (K7)
  53. Kursus Pemantapan Jati Diri (K8)
  54. Bengkel Prihatin Ummah (K8)
  55. Kursus Asas Kepimpinan dan Pengurusan (K8)
  56. Bengkel Pengurusan Program (K8)
  57. Kursus Asas Kefasilitatoran (K8)
  58. Peningkatan Profesionalisme Rakan Kongsi (K9)
  59. Majlis Ilmu Pemimpin Masyarakat (K9)
  60. Seminar Kepimpinan Islam dalam Pendidikan (K9)
  61. Seminar Wanita dan Kepimpinan (K9)
  62. Seminar Kepimpinan Para Pendidik Agama Islam (K9)
  63. Kursus Pemerkasaan Jati Diri (K9)
  64. Bengkel Tanggungjawab Sosial (K9)
  65. Pengurusan Data Ahli Profesional Islam (K9)
  66. Wacana Profesional Islam (K9)
  67. Kursus Pemerkasaan Kepimpinan dan Pengurusan (K9)
  68. Bengkel Pengurusan Khas (K9)
  69. Kursus Peningkatan Kecekapan Instruksional (K9)
  70. Kursus Peningkatan Pelbagai Literasi (K9)
  71. Kursus Kefasilitatoran (K9)
  72. Kursus Jurulatih Fasilitator (K9)
  73. Kursus Asas Kajian Tindakan (K9)
  74. Kursus Asas Penyelidikan dan Penilaian (K9)
  75. Aktiviti Penyelidikan, Penilaian dan Penerbitan (K9)
  76. Aktiviti Pendidikan (K10)
  77. Aktiviti Kepimpinan dan Pengurusan (K10)
  78. Aktiviti Sosiobudaya (K10)
  79. Aktiviti Pembangunan Kemahiran (K10)
  80. Aktiviti Peningkatan Kefahaman Islam (K10)
  81. Aktiviti Kekeluargaan (K10)
  82. Aktiviti Bina Insan (K10)
  83. Aktiviti Kesukarelaan (K10)
  84. Aktiviti Khidmat Nasihat (K10)
  85. Aktiviti Warga Emas (K10)
  86. Aktiviti Pembangunan Staf (K11)
  87. Bengkel Pengurusan Sekolah-Sekolah MIS (K11)
  88. Randau Pendidikan (K11)
  89. Karnival PIBG dan Alumni Sekolah (K11)

3 Bidang Bina Upaya

Bidang Perkhidmatan Pendidikan Am

Bidang Pembangunan Sosiobudaya

Profesionalisme dan integriti kepimpinan Islam

Pembangunan pendidikan, perkembangan intelektual dan kesejahteraan psikologi anak-anak muda Islam
Kesejahteraan sosial individu Islam
Bidang Perkembangan Profesional Berterusan

*Tiga (3) bidang ini telah dikenal pasti sebagai fokus awal BPP-MIS dalam Bengkel Bina Upaya Ummah 2007 (BBU 2007)

17 Strategi (S)

  1. Membangun dan memperluaskan peluang pendidikan awal kanak-kanak (K1)
  2. Menyedia pengalaman pembelajaran berkualiti dan menyeronokkan (K1)
  3. Membangun dan menyediakan pengalaman pembelajaran khas (K2)
  4. Membangun dan menyedia pengalaman pembelajaran tambahan (K3)
  5. Membentuk sikap positif dan memupuk kesedaran tentang maruah serta harga diri pelajar (K4)
  6. Meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti seni dan penggunaan teknologi (K4)
  7. Meningkatkan kesedaran dan kemahiran sosial pelajar (K5)
  8. Membentuk sikap positif dan memupuk kesedaran tentang maruah dan harga diri (K6)
  9. Meningkatkan keupayaan belia untuk berdikari (K6)
  10. Meningkatkan kesedaran dan membangun potensi belia (K7)
  11. Meningkatkan kefahaman tentang makna dan budaya ilmu (K7)
  12. Memantap jati diri dan semangat kepedulian sosial (K8)
  13. Memupuk kemahiran dan kecekapan kepimpinan dan pengurusan (K8)
  14. Membina dan mempertingkatkan kesedaran dan semangat kepedulian sosial (K9)
  15. Meningkatkan profesionalisme secara berterusan (K10)
  16. Meningkat penglibatan rakan kongsi BPP-MIS dalam merancang dan melaksana program kemasyarakatan  (K10)
  17. Membantu meningkatkan kualiti pengurusan pendidikan sekolah (K11)

31 Program (P)

  1. Penubuhan dan Pengurusan Taska Masjid (K1S1)
  2. Latihan Asas Pengasuhan (K1S1)
  3. Pengajaran Dan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif di Taska (K1S2)
  4. Pembangunan dan Pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Awal Kanak-Kanak (K1S2)
  5. Pemupukan dan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca, Menulis, Mengira & Berfikir (K2S3)
  6. Penemuan dan Pemantapan Jati Diri Murid (K2S3)
  7. Pemupukan dan Pengembangan Bakat Semula Jadi dan Potensi Diri (K3S4)
  8. Peningkatan dan Pengayaan Kemahiran Asas (K3S4)
  9. Penemuan dan Pemantapan Jati Diri Pelajar (K4S5)
  10. Penguasaan Asas Seni dan Penggunaan Teknologi (K4S6)
  11. Peningkatan Jati Diri dan Kesedaran Sosial Pelajar (K5S7)
  12. Peningkatan Kemahiran Sosial Pelajar (K5S7)
  13. Penemuan Diri (K6S8)
  14. Pengukuhan Jati Diri (K6S8)
  15. Peningkatan Kemahiran Asas Keusahawanan (K6S9)
  16. Penemuan dan Pemantapan Jati Diri (K7S10)
  17. Peningkatan Kesedaran tentang Perubahan dan Cabaran Baru (K7S)
  18. Pemupukan Amalan Hidup Berbudaya (K7S)
  19. Peningkatan Kebertanggungjawaban Sosial (K7S)
  20. Pemupukan Budaya Ilmu (K7S)
  21. Pemantapan dan Pengukuhan Jati Diri (K8S)
  22. Pembinaan Kemahiran Asas Kepimpinan dan Pengurusan (K8S)
  23. Peningkatan Kesedaran dan Kefahaman Tentang Perubahan Semasa (K9S)
  24. Pemerkasaan Jati Diri Individu Prihatin (K9S)
  25. Peningkatan Hubungan dan Jaringan dalam Kalangan Profesional Islam (K9S)
  26. Pemerkasaan Kepemimpinan dan Pengurusan (K9S)
  27. Peningkatan Literasi dan Pemantapan Kecekapan Instruksional (K9S)
  28. Pembudayaan Penyelidikan dan Penilaian (K9S)
  29. Khidmat Profesional dan Bantuan Dana (K10S)
  30. Pengurusan Sekolah MIS (K11S)
  31. Pemuafakatan Sekolah, PIBG dan Alumni (K11S)

Rumusan Perancangan

3 Bidang Bina Upaya -> 11 Kumpulan Sasar -> 17 Strategi -> 31 Program -> 89 Aktiviti Utama

Sumber: Buku Pengenalan Program dan Aktiviti BPP-MIS 2013-2017