Format Laporan Aktiviti

Sebagai integriti dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan menggunakan dana umum masyarakat, BPP-MIS dan Rakan Kongsi yang menerima geran atau bantuan perlu menyediakan laporan yang mengandungi semua maklumat berikut:

  1. Data Umum Aktiviti

    • Nama Aktiviti
    • Tarikh Aktiviti
    • Tempat Aktiviti
    • Bentuk Aktiviti – Kursus / Kem / Bengkel / Kolokium / Seminar / Pemerolehan / Penubuhan / Pengurusan
    • Penganjur Utama / Bersama
    • Urus Setia Terlibat
    • Perasmi / Tetamu Kehormat (termasuk jawatan dan institusinya)
  2. Fasilitator / Penceramah / URUS SETIA AKTIVITI

    • Nama Individu
    • Peranan dalam Aktiviti
    • Jawatan dan Instititusi
    • Nombor Telefon / Emel Individu
    • Pendidikan / Sijil
  3. Atur Cara / Jadual Aktiviti

    • Hari
    • Masa
    • Tajuk Pengisian
  4. Jumlah Penyertaan AKTIVITI Mengikut Jantina

    • Borang Penyertaan
    • Senarai Kehadiran
    • Senarai Jemputan
  5. Dokumentasi AKTIVITI

    • Gambar (memperlihatkan semua peserta dan fasilitator yang terlibat di tempat aktiviti)
    • Rakaman Video
    • Surat Khabar
    • Laman Web (contohnya: laporan aktiviti di Facebook atau Portal Rasmi)
    • Modul digunakan
  6. Laporan Perbelanjaan Aktiviti

    • Nama Item
    • Jumlah Bayaran
    • Rujukan Resit / Inbois / Baucar Bayaran (beserta bukti perbelanjaan)
  7. Sumber Dana Aktiviti

    • Nama Penaja
    • Bentuk Sumbangan (Wang / Bukan Wang)
    • Nilai / Amaun Sumbangan

Laporan aktiviti yang telah dibuat oleh rakan kongsi boleh dihantar ke rakankongsi16@yahoo.com atau info@bppmis.com untuk dimuat naik ke laman web ini. Selain itu, BPP-MIS juga akan memasukkan ringkasan daripada laporan tersebut ke dalam Laporan Tahunan Program dan Aktiviti BPP-MIS sebagai rekod dokumentasi rasmi.