Semak Semula PTMIS 2017

Pada 24 – 26 Januari 2017, Bengkel Semak Semula Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020 telah diadakan di Tingkat 3, Hotel Merdeka Palace Kuching. Seramai 41 orang individu yang terlibat dalam penggubalan Pelan Tindakan pada tahun 2010 atau dirasakan dapat menyumbang kepakaran telah dihimpunkan untuk menyemak semula tema, bidang, strategi, pendekatan serta tindakan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak serta menilai tahap pelaksanaan semasanya. Seterusnya, tindakan-tindakan yang dapat memudahkan pelaksanaan PTMIS ini juga dicadangkan dengan baki tiga (3) tahun pelaksanaannya.

Pada 9 Mac 2017 pula, penyelarasan tindakan dan semak semula strategi serta pendekatan untuk semua enam (6) bidang telah dilaksanakan di Pusat Penerangan Islam Sarawak (IIC) melibatkan lebih kurang 20 orang individu.

Pada 11 April 2017 pula, satu lagi perbincangan pemurnian telah dilaksanakan di Tingkat 14, Majma’ Tuanku Abdul Halim Syed Mu’adzam Shah dan sebanyak dua (2) bidang telah siap disemak semula dan diperincikan iaitu “Pengimarahan Masjid” dan “Perundangan Islam”. Seramai 15 orang telah terlibat dalam perbincangan ini.

Pada 17 April 2017, perbincangan disusuli dengan Bidang Sosiobudaya dengan kehadiran 5 orang ahli yang terpaksa disambung pada hari seterusnya. Perbincangan 3 hari ini telah dijalankan di Bilik Syura, Masjis Islam Sarawak di Tingkat 16 Majma’.

Pada 18 April 2017, seramai 6 orang ahli telah berbincang strategi, pendekatan dan tindakan dalam Bidang Dakwah di bilik Syura manakala bidang Sosiobudaya dibincangkan di bilik mesyuarat mini berhampiran.

Pada 19 April 2017, perbincangan Bidang Dakwah diteruskan di bilik mesyuarat mini bagi menghalusi PTMIS bidang tersebut.

Pada 28 November 2017, wakil JK Teknikal setiap bidang telah bermesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha MIS dan memutuskan agar setiap jawatankuasa mengadakan mesyuarat masing-masing untuk membuat penelitian terakhir terhadap tindakan, pendekatan dan strategi yang digariskan terutama indikator kejayaan yang hendak dicapai agar lebih praktikal dan rasional.

Pada 16 hingga 18 April 2018 di Dewan Syura Pejabat MIS, hasil semak semula PTMIS setiap bidang dibentang, dikemas kini dan dimuktamadkan sebelum dapat dicetak serta dikongsikan kepada semua pihak berkepentingan / terlibat.

Pada 16 – 18 April 2018 di Bilik Mesyuarat Mini, Tingkat 16, MIS

Hari Pertama

  • 1 Wakil MIS, 2 Wakil Urus Setia, 2 Wakil JK Teknikal Masjid dan 2 Wakil JK Teknikal Pendidikan
  • Bidang Pengimarahan Masjid – 3 Strategi, 7 Pendekatan dan 15 Tindakan
  • Bidang Pendidikan – 4 Strategi, 8 Pendekatan dan 27 Tindakan

Hari Kedua

  • 1 Wakil MIS, 2 Wakil JK Teknikal Pengimarahan Masjid dan 1 Wakil JK Teknikal Sosiobudaya
  • Bidang Ekonomi
  • Bidang Sosiobudaya

Hari Ketiga

  • 1 Wakil MIS, 1 Wakil JK Teknikal Perundangan Islam dan 2 Wakil JK Teknikal Dakwah
  • Bidang Perundangan Islam
  • Bidang Dakwah

Pada 16 Julai 2018 di Barok Atas, Pusat Penerangan Islam Sarawak

  • Pembentangan Pelaksanaan HPT 2017 dan PTMIS 2011-2020
  • Laporan dimulakan dengan Bidang Pendidikan dan disusuli Bidang Pengimarahan Masjid, KIK, Bidang Ekonomi, Tahfiz, Sosiobudaya, Dakwah dan Perkampungan Saudara Kita, Bidang Dakwah dan diakhiri dengan Bidang Perundangan Islam.

 

 

Senarai Bidang (TEMA)

  1. Pengimarahan Masjid (Masjid Sebagai Institusi Pembangunan Masyarakat)
  2. Pendidikan
  3. Ekonomi
  4. Sosiobudaya
  5. Dakwah
  6. Perundangan Islam