Kerangka Pembangunan Aktiviti

  1. Nama
    • memberi gambaran sejelas mungkin tentang kedudukan program dalam konteks usaha meningkatkan keupayaan dan kekuatan ummah dalam bidang-bidang yang telah dikenal pasti
  2. Latar Belakang dan Rasional
    • menjelas kewajaran mengadakan program
    • memberi latar belakang bersandar data dan maklumat yang sahih
    • mengaitkannya dengan usaha-usaha yang telah atau sedang dijalankan oleh badan, agensi atau pihak-pihak lain
  3. Matlamat dan Objektif
    • menyenarai matlamat dan tujuan am jangka panjang
    • menyenarai objektif khusus sama ada dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran atau sikap / nilai
  4. Kumpulan Sasar
    • menyenarai bilangan yang akan dilibatkan
    • menyenarai kumpulan atau pecahan kumpulan yang akan dilibatkan
    • menyenarai juga kumpulan sekunder yang juga akan mendapat manfaat daripada program
  5. Isi Kandungan dan Kaedah Penyampaian
    • menyenarai isi kandungan utama – ilmu, kemahiran sikap-nilai
    • memperinci kurikulum / modul
    • menyenarai bahan-bahan rujukan dan keperluan lain
    • memperinci kaedah / format penyampaian
  6. Senarai Pakar atau Badan Rujuk Profesional
    • menyediakan senarai pakar bidang atau pengamal yang boleh dijadikan rujukan
    • menyediakan senarai badan profesional atau agensi yang berkaitan
  7. Strategi atau Kaedah Pelaksanaan
    • menyenarai aktiviti-aktiviti yang akan membantu pencapaian matlamat / objektif program
    • menjelas tentang cara bagaimana program akan dilaksanakan
    • menyata strategi jangka pendek dan jangka panjang
    • menyata tempat dan jadual pelaksanaan
  8. Rakan Kongsi dan Agensi Berkaitan
    • menyenarai rakan kongsi yang membantu dalam pelbagai peringkat pelaksanaan
    • menyenarai agensi / badan yang akan melaksana
  9. KPI dan Kaedah Penilaian
    • menjelas tentang petunjuk utama yang boleh dijadikan asas
    • membuat penilaian atau menguji keberkesanan program
    • mencadang dan menjelaskan kaedah instrumen penilaian
  10. Anggaran Kos Pelaksanaan
    • memperinci kos perancangan, rintis, percubaan dan pelaksanaan penuh
    • memperinci kos pakar dan kos penilaian oleh pihak luar
    • menggambar kemungkinan kos jangka panjang
  11. Format Pelaporan
    • memberi rangka pelaporan kepada klien dan juga kepada Majlis Islam Sarawak