Logo Rasmi

Logo BPP-MIS terdiri daripada tiga huruf hijaiyah iaitu ‘ain’, ‘lam’ dan ‘mim’ yang bermaksud ilmu dengan perkataan “biro perkhidmatan pendidikan” di bawahnya bagi melambangkan fungsi organisasi untuk memartabatkan ilmu serta membantu institusi masjid / surau di seluruh negeri Sarawak dengan mengusahakan pelbagai inisiatif pendidikan di setiap komuniti di negeri Sarawak terutama di kawasan luar bandar.