Kursus Kemahiran Instruksional Murid Pintar

Pengenalan

Potensi yang ada pada murid pintar boleh dibangunkan sepenuhnya melalui penyediaan pengalaman pembelajaran yang khusus bersesuaian dengan keupayaan dan kebolehan mereka. Bagi membantu guru membimbing murid pintar secara berkesan, mereka perlu dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran instruksional yang berkaitan.

Kursus Kemahiran Instruksional Murid Pintar bertujuan memberi ilmu dan kemahiran instruksional yang diperlukan oleh guru dalam membimbing murid pintar.

Objektif

Meningkatkan kefahaman tentang kaedah dan teknik membimbing murid pintar.

Meningkatkan kemahiran instruksional guru.

Meningkatkan kefahaman tentang psikologi murid pintar.

 

Kumpulan Sasaran

Guru Sekolah Rendah

Kandungan

Ciri-ciri Pelajar Cerdas dan Pintar

Psikologi Murid Pintar

Penyediaan Persekitaran Pembelajaran

Kaedah Mengajar Murid Pintar

Rujukan dan Perhubungan

Kod Rujukan                     : 21221(3)

Penyelaras            : Jamil Haji Alop

E-mel         : jamilha@bppmis.com

Leave a Reply

Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak