Pengunjung

Pembilang Percuma

Peranan BPP MIS

BPP-MIS bertanggungjawab kepada Majlis Islam Sarawak dalam hal-hal berikut:-

Peranan 1 : menyediakan perkhidmatan profesional dalam bidang pendidikan untuk tujuan memperkaya, meningkat dan memudahkan usaha membina dan membangun daya upaya ummah, sama ada individu, kumpulan atau organisasi Islam;

Peranan 2 : menyelaras usaha-usaha pendidikan yang dijalankan oleh kumpulan atau agensi yang berkaitan dan bekerjasama dengan mereka untuk menyedia dan mempertingkatkan usaha bina upaya semua peringkat ummah melalui pelbagai inisiatif pendidikan;

Peranan 3 : merancang, melaksana, memantau, menyelia dan menilai program-program pendidikan yang dibangunkan khas untuk memenuhi kehendak dan keperluan kumpulan-kumpulan tertentu yang telah dikenalpasti;

Peranan 4 : menjalankan penyelidikan dan aktiviti pembangunan dalam pelbagai aspek pendidikan dan kesejahteraan sosio-budaya, ekonomi dan politik ummah;

Peranan 5 : mengwujud dan mengurus jaringan profesional dan data serta maklumat yang berkaitan dengan pendidikan untuk tujuan membuat keputusan dan pelbagai tujuan pembangunan profesional;

Peranan 6 : memperakukan strategi pelaksanaan pelbagai inisiatif pendidikan bagi tujuan mempertingkat, memperkaya dan menaiktaraf keupayaan dan kecekapan profesional, sosial, ekonomi, politik dan pendidikan ummah. 

BPP-MIS juga berperanan sebagai satu badan penasihat pendidikan bagi masyarakat Islam di Sarawak, dan bertindak juga sebagai sebuah badan perancang dan pelaksana pelbagai program pendidikan dan yang berunsur pendidikan dan latihan untuk tujuan membangun dan membina keupayaan ummah