Pengunjung

Pembilang Percuma

Taska BPPMIS

Muat turun (Download) Borang Permohonan Kemasukan Taska BPPMIS di SINI

SYARAT-SYARAT TASKA BPP-MIS

Adalah dengan hormatnya diberitahu kepada ibu bapa bahawa BPPMIS sedang menawarkan tempat untuk anak-anak tuan masuk ke kelas TASKA BPPMIS bagi sesi 2011. Sila baca syarat-syarat di bawah untuk makluman tuan.

  1. Hanya kanak-kanak yang lahir pada tahun 2007/2008 sahaja berpeluang mengikuti kelas ini.
  2. Keutamaan permohonan kemasukan ke TASKA diberi kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah.
  3. Panel pemilih akan menentukan sama ada anak tuan layak atau tidak berpandukan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Sebarang keputusan adalah muktamad.

Peraturan yang perlu diambil perhatian sekiranya anak tuan diterima ke kelas TASKA BPPMIS sesi 2011 adalah:

  1. Bayaran bulanan yang merupakan sumbangan ibu bapa hanya RM 15.
  2. Ibu bapa akan secara bergilir-gilir memberi sumbangan dengan membantu pengasuh mengendalikan urusan yang diarahkan.
  3. Anak tuan/puan akan berada di pusat TASKA dari jam 8.00 pagi hingga 4 petang.
  4. Keselamatan anak-anak tuan adalah tanggungjawab bersama. Sila pastikan setiap peraturan mengenai keselamatan diteliti secara terperinci.
  5. Taklimat akan diadakan untuk ibu bapa sekiranya permohonan untuk memasuki TASKA lulus oleh ahli panel pemilih.

Sekiranya anak-anak tuan diterima masuk ke kelas TASKA BPPMIS, surat akan dihantar kepada tuan secepat mungkin. Sebarang pertanyaan sila hubungi

BPPMIS:  082-230726 / 230728 /230732 atau Encik Raily Ali: 014-5765133.