Laporan Eksekutif

Setelah 10 tahun ditubuh dan beroperasi (2008 hingga 2017), BPP-MIS telah merancang lebih daripada tiga ribu aktiviti pendidikan melibatkan lebih 100 buah masjid / surau di negeri Sarawak. Aktiviti tersebut mensasarkan tiga kumpulan sasar utama iaitu kanak-kanak, belia dan rakan kongsi. Kumpulan rakan kongsi ini terdiri daripada pemimpin belia dan masyarakat serta individu prihatin yang aktif bergerak di setiap komuniti di seluruh negeri. Mereka dilatih untuk menjadi fasilitator atau penggerak kepada 89 aktiviti utama yang telah dibangun dan dirintiskan. Hasilnya, lebih 40 taska masjid telah dibantu penubuhannya, lebih 200 individu terlatih serta prihatin membantu selain lebih 10 kumpulan belia (Rakan Muda BPP-MIS) bergerak aktif membantu komuniti masing-masing.