Kenali Kami

Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak atau singkatannya BPP-MIS adalah satu (1) daripada tiga (3) agensi di bawah naungan Majlis Islam Sarawak (MIS) ditubuhkan dalam bulan Oktober 2007 dengan hanya Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah sebagai Pengarah pada masa itu untuk memikir, merancang dan menjadikan biro satu agensi di bawah Majlis Islam Sarawak.  BPP-MIS bertanggungjawab untuk membantu MIS dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada pendidikan ummah dalam memperkasa umat Islam di Sarawak.  Hasrat ini direalisasikan dengan pelbagai inisiatif pendidikan dalam komuniti berpusatkan masjid atau sekolah berhampiran di kawasan yang memerlukan. BPP-MIS juga berusaha membina dan memperluaskan jaringan kerjasama daripada ahli akademik, ilmuwan, para profesional dan agensi berkaitan agar dapat menjadi rakan kongsi kepada institusi masjid. Tiga (3) kumpulan sasar utama telah dikenal pasti dan diperincikan seperti berikut:

A. KANAK-KANAK

  1. Kanak-Kanak Prasekolah berumur 3 & 4 tahun
  2. Murid (Sekolah Rendah) yang Ketinggalan
  3. Murid (Sekolah Rendah) yang Berbakat
  4. Pelajar (Sekolah Menengah) yang Berpotensi
  5. Pelajar (Sekolah Menengah) yang Memerlukan Bimbingan

B. BELIA

  1. Pemimpin Belia
  2. Belia yang Berpotensi
  3. Belia yang Memerlukan Bimbingan

C. RAKAN KONGSI

  1. Pemimpin dan Individu Prihatin
  2. Kumpulan Rakan Kongsi
  3. Sekolah Majlis Islam Sarawak

Secara ringkasnya, BPP-MIS bertanggungjawab kepada pemerkasaan dan bina upaya semua kumpulan sasar di atas melalui pelbagai inisiatif pendidikan, dengan harapan agar umat Islam di Sarawak lebih berdaya saing dan maju dalam semua bidang yang diceburi.

“Menjana Kecemerlangan Ummah melalui Pendidikan”

Visi dan Misi || Fungsi Agensi || Carta Agensi || Carta Organisasi || Jawatankuasa Penasihat || Senarai Staf || Penyelaras Aktiviti || Pusat Kegiatan

Leave a Reply